Bismillah

Saturday, August 21, 2010

Di bawah kepimpinan ulama’

Isu Palestin hangat dibualkan. Umat Islam bersatu padu dalam menentang musuh Islam, Israel. Namun, terkadang kita terlepas pandang akan isu pembuangan bayi. Boleh dikatakan setiap hari terpampang di dada akhbar akan isu pembuangan bayi. Mengapa umat Islam tidak bersatu dalam menangani masalah ini? Apabila solat jemaah, kita prihatin akan saf yang lurus dan tidak memikirkan siapa imam yang bakal memimpin solat kita. Namun, kenapa tidak diaplikasikan juga dalam kehidupan harian kita? Sebagai contoh, dalam menyatukan perpaduan umat Islam, banyak perselisihan antara jemaah. Masing-masing mahu mempertahankan pendapat masing-masing. Kurang rasa tolak ansur dalam diri. Bilamana hukum Allah tidak ditegakkan, makanya banyak kemusnahan yang berlaku. Perundangan barat dilaung-laungkan, dipuja-puja bagai itu suatu peraturan yang terbaik. Dari segi tauhidnya, bila kita menolak hukum Allah, ia ibarat kita melihat Allah itu ada kekurangan. Ia adalah mustahil diterima akal. Mustahil pada hukum akal ialah tiada diterima akan adanya hakikatnya mesti terima tiada. Hakikatnya, Maha Suci Allah daripada sebarang sifat kekurangan. Ada seorang pensyarah maklumkan bahawa pemerintah tidak dapat jalankan hukum hudud kerana faktor masyarakat majmuk. Kelakar ana dengar. Kalau kita ngaji bab tauhid, nampak sangat orang yang berpendapat sedemikian meletakkan otaknya di lulut (erm..macam kasar skit bahasa ana, maaf ye). Kalau kita mengatakan hukum Allah tidak dijalankan kerana masyarakat majmuk, jangan sesekali laungkan kita Negara Islam. Jika kita tidak menjalankan hukum Allah, hanya semata-mata kerana hendak menjaga hak masyarakat bukan Islam, itu perlu dikaji semula.

Bak kata seorang ustaz kat pondok di Kelantan, “ Awak kaji betul-betul, kafir apa yang duk kat negara kita sekarang? Kafir yang macam mana kita perlu hormati?”

Ada sesetengah ahli jemaah yang menolak politik kerana menganggap ia kotor. Jawapan ana “ politik tidak kotor, tapi kita yang mengotorkan politik. Jika kita menolak politik, kita juga menolak sunnah Rasulullah S.A.W kerana hijrah baginda adalah kerana menubuhkan sebuah Negara Islam. Jadi, dapat dilihat, Rasulullah sendiri berpolitik”.

Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama berjuang di bawah kepimpinan ulama’. Syirik yang terbesar (mungkar akbar) adalah bilamana hukum Allah ditolak dan tidak digunapakai. Itu dasar yang perlu kita sebagai umat Islam perjuangkan.

ISLAM UNTUK SEMUA

Friday, August 13, 2010

Solat tahajud dari sudut perubatan

Ada teori mengatakan manusia perlu tidur dalam enam hingga lapan jam sehari. Namun, terdapat pendapat lain yang mengatakan manusia hanya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja. Keperluan tidur hanyalah untuk merehatkan badan dan minda kerana sudah penat ‘bekerja’. Tidur yang banyak boleh melemahkan sistem tersebut bagi jangka masa panjang. Saya ada terbaca satu artikel dalam sebuah majalah yang mengatakan kualiti tidur akan terganggu pada musim Ramadhan. Hal ini disebabkan oleh muslim itu bangun sahur. Saya sama sekali tidak setuju dengan kenyataan artikel tersebut. Lantas, saya melihat siapa pengarang artikel itu. Geram dan sedih rasa di hati tatkala orang melayu juga penulisnya. Yakinlah bahawa telah Allah janjikan keberkatan dalam bersahur.

Nabi berkata,

“Makanlah sahur kerana sesungguhnya pada sahur itu ada berkat”.
(Riwayat Bukhari)

Ingin saya nasihatkan kepada sidang pembaca bahawa apabila membaca mana-mana bahan bacaan, diharapkan kalian membaca dengan ilmu. Maksud saya, elakkan percaya seratus peratus terutama artikel daripada majalah. Buat rujukan terhadap mana-mana ustaz atau sumber yang lebih faqeh dalam sesuatu bidang itu. Selain itu, melalui adanya waktu berbuka dan bersahur, masa akan lebih teratur. Ada pendapat yang mengatakan bahawa Allah ada mencipta udara yang khas untuk sistem badan kita. Jika dijadikan amalan, insyaAllah, kita dapat mengelakkan diri daripada sebarang penyakit. Udara tersebut sekitar jam tiga pagi hingga terbit matahari. Kadang-kala kita telah setkan minda kita bahawa jika kita bangun awal, kita akan rasa mengantuk. Melalui pengalaman saya, sepanjang terlibat dengan gerak kerja dakwah, tidur yang sekitar dua hingga tiga jam sudah cukup untuk membaikpulih tenaga. Semasa saya di pondok juga, ada kalanya kami mengaji kitab sampai jam 12 lebih malam atau satu pagi. Hal disebabkan oleh kesibukan mudir sebagai ketua dewan ulamak. Beliau menjadi rujukan masyarakat. Selepas habis masa ngaji, saya buka ‘kitab’ sebelum tidur. Maklumlah, seakan menjadi penambah perisa sebelum tidur dibuai mimpi indah. Kitab yang dimaksudkan, macam biasalah, bab munakahat (perkahwinan). Habis ‘kitab’ tu, masuk pula ‘kitab’ lain sehingga menjadi kebiasaan tidur sekitar 2 lebih hingga 3 lebih pagi. Apa yang menariknya, walaupun tidur lewat, namun, semangat bangun malam tetap ada. Automatik dalam jam 4 atau 5 pagi bangun. Pernah juga saya mimpi sekilas muka mudir, lantas terus terjaga. Bila tengok jam, baru jam 4 atau 4.30 pagi rupanya. Begitu kuat aura mudir. Apabila saya rasa lemah, iman makin kurang, saya berhubung dengan mudir atau ustaz yang saya rapat. Mudir ada pesan tatkala saya bertanya bagaimana jika mahu bangun malam walaupun tidur agak lewat. Jawapan mudir begitu menyenangkan hati. Katanya, jika wani benar-benar ikhlas, insyaAllah, wani akan terjaga juga walau tidur lewat. Niat dan pesan dalam hati, ‘Aku nak bangun tahajud’. Orang tua ada pesan, tepuk bantal dahulu sebelum tidur, mudah-mudahan mudah bangun. WaAllahu a’lam.

Sunday, August 1, 2010

Menyuburkan rasa cinta setelah berkahwin

Sekadar sebuah perkongsian hasil daripada hadir bicara wanita kerana empunya diri tiada pengalaman lagi. Ada pendapat mengatakan bahawa penilaian ke atas sesebuah rumah tangga itu adalah setelah 9 atau 10 tahun ke atas. Ia bukan diukur setelah setahun atau 2 tahun setelah mengecapi alam rumah tangga. Hal ini disebabkan oleh pada usia perkahwinan yang masih awal, masing-masing cuba untuk menyorokkan kekurangan dan cuba berkelakuan sesempurna yang boleh. Perasaan kasih dan cinta terhadap pasangan masih membara. Namun, setelah beberapa lama kemudian, pabila muka yang sama dilihat setiap hari, perasaan kasih terhadap pasangan kian luntur. Perkahwinan merupakan suatu ikatan yang mana segala perihal akan dikongsi suami isteri. Masing-masing berharap agar si dia menjadi pendamping di syurga kelak. Berikut adalah antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta setelah berkahwin:

1. Kenali pasangan anda

2. Mempunyai matlamat dan hala tuju perkahwinan

3. Limpahan kasih kepadamu, sayang

Jika rasa cemburu atau berkecil hati dengan si suami atau isteri, luahkan agar si dia mengerti akan tingkah lakunya. Sebelum tidur, saling bermaafan dan ucap terima kasih kerana khuatir akan meninggal dunia ketika tidur.