Bismillah

Friday, August 28, 2009

Mengesakan Perbuatan ALLAH…

terdetik di hati ini,untuk berkongsi perkara yang jarang sangat golongan muda Islam hari ini perbincangkan dan pelajari sedangkan perkara ini menjadi elemen yang begitu penting untuk diketahui..iaitu bagaimana untuk kita mengesakan akan segala perbuatan ALLAH…perkongsian ini saya merujuk kepada kitab Ad- Darun Nafis..sekiranya perkongsian saya ini ada yang tersasar dan menyalahi kebenaran,saya mohon maaf dan bagilah tunjuk ajar kepada saya yang daif ini.

Ketahuilah semua,sebenarnya kita tidak akan terlepas daripa da perkara-perkara yang berbahaya itu melainkan dengan memandang dan syuhud bahawa semua perbuatan yang berlaku di alam ini semuanya terbit daripada ALLAH Taala,sama ada perbuatan itu baik pada pandangan zahir dan hakikatnya seperti beriman dan taat ataupun jahat pada pandangan zahir dan tidak pada hakikatnay seperti kufur dan maksiat.Ini kerana kufur dan maksiat pada hakikatnya baik kerana terbit daripada yang baik iaitu daripada ALLAH Taala .tiap-tiap perkara yang terbit daripada ALLAH Taala pada hakikatnya adalah baik ,tetapi kedua-dua kejahatan itu cuma pada pandangan zahir kerana hukum syarak mencela perbuatan tersebut.

Dalil yang menunjukkan bahawa segala perbuatan daripada ALLAH Taala dan bukan dari yang lain sepertimana firman ALLAH Dalam Quran :

ertinya:”Allah Taala jua yang menjadikan kamu dan apa-apa yang kamu perbuat.”(Surah As-Saffat:96)

Menurut syeikh Muhammad bin Sulaiman al-Jazuli rahimahullah “bahawa tidak akan terbit perbuatan dan perkataan ,gerak dan diam ,pada seseorang hamba melainkan telah terdahulu pengetahuan itu pada ilmu ALLAH Taala iaitu qadha dan qadar.Firman ALLAH Taala:

ertinya:”Tiada engkau melempar ya Muhammad ketika engkau berusaha melempar,tetapi ALLAH Taala jua yang melempar ketika itu”(Surah Al-Anfal:17)

Apabila kita sentiasa mengekalkan syuhud dan pandangan kita bahawa semua perbuatan itu terbit daripada Allah Taala,dengan membiasakan sedikit demi sedikit sehingga tahkik di dalam hati.Apabila sudah tahkik dengan keadaan sedemikian maka jadilah kita golongan “musyahadah”….”Musyahadah” ertinya berpandangan iaitu tiada bercampur antara pandangan zahir kita dengan pandangan batin ,maka baharulah kita akan sampai kepada makam “wahdatul afaal”

Wahdatul afaal bermaksud mengesakan Allah Taala kepada semua perbuatan,iaitu menafikan segala perbuatan makhluk sama ada perbuatan dirinya atau lain pada perbuatan ALLAH Taala.Dalam semua akuan kita dilihat hanya ALLAH yang melakukan sama ada perbuatan itu baik atau sebaliknya.

Tetapi kita kena ingat!!! walaupun perbuatan itu hakikatnya terbit daripada ALLAH Taala ,kita janganlah terlepas pandang hukum dan peraturan syariat.Malah wajib kita melaksanakan segala apa yang diperintah oleh ALLAH Taala dan Rasulnya,dan wajib juga kita menjauhkan segala laranganNYA…Janganlah sekali-kali kita mengiktikad gugur taklif syarak.Kalau kita berbuat demikian maka kita akan menjadi kafir zindik…..nauzubillahimin zalik.

Thursday, August 27, 2009

bicara akidah...

Segala puji bagi ALLAH Tuhan semesta alam,yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,yang menguasai hari pembalasan. Selawat dan salam semoga sentiasa dilimpahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan kepada keluarga serta para sahabatnya.

Sesungguhnya ilmu tauhid adalah ilmu mengenal ALLAH SWT ,iaitu ilmu iman yang sahih, yang menyampaikan seorang hamba ALLAH untuk mencapai reda-NYA di dunia dan akhirat,yang dapat mewujudkan kebahagiaan keyakinan hati dan jiwa untuk diri.

ilmu tauhid adalah ilmu keIslaman yang paling kuat kerana ia merupakan dasar dan pegangan akidah seorang muslim.Pegangan harus kuat dan menyakinkan ,jauh dari pengaruh-pengaruh filsafat yang menyerang sebahagian pemahaman-pemahaman ulama tauhid dan yang mengalahkan akidah-akidah kebanyakkan kaum muslimin..

Dalam tauhid ada ungkapan “Awaluddin Marifattullah”,yakni yang pertama sekali ditekankan dalam beragama adalah mengenal ALLAH..Tidak ada gunanya banyak mengabdi dan mendampingkan diri kepada ALLAH kalau kita tidak mengenalNYA..Mengenal ALLAH adalah dengan cara mengetahui sifat-sifatNYA sama ada yang wajib,mustahil dan harus.

Akidah Islam adalah akidah fitrah yang benar,akidah al-Quran yang jauh dari sebarang penafsiran yang tidak benar.Akidah yang mampu membina pandangan umum bagi seorang muslim pada agama dan kehidupan melalui metod yang benar dan bijaksana ,terpelihara dan dapat difahami….

Akan tetapi di mana ulama Islam sekarang yang mampu menjadikan akidah ini menjadi akidah kehidupan,akidah yang membangun ,maju,beradap dan merata,akidah kebangkitan ,yang tinggi,mulia dan terhormat???????

Sesungguhnya rukun-rukun iman dan kaedah-kaedah akidah adalah rukun-rukun fitrah dan kaedah mantiqi yang benar,bukan akidah buruk dan bukan pula akidah yang rumit dan kacau.Akidah ini harus difahami oleh setiap orang ,akidah yang perlu diyakini dan dikukuhkan pada hati seorang muslim sehingga dia dapat menyandang gelaran “mukmin” di sisi ALLAH SWT.

Banyak penulis-penulis Islam yang terpengaruh ,yang menukil dan mengikuti pendapat orang lain.Oleh kerana itu seorang muslim harus berwaspada ,dia mesti memerlukan waktu tidak sedikit untuk memperkayakan diri dengan akidah al-Quran ,lalu diiikuti oleh salafus soleh.