“INILAH JALAN YANG LURUS MENUJU SYURGA”
(karangan syeikh Abdurrahman al-Sanjari)
NILAI SEORANG WANITA
Al-Tha’alibi menulis surat ucapan tahniah kepada seorang bapa yang baru memperolehi bayi perempuan dengan katanya :
‘Selamat datang wahai wanita yang pintar, bakal ibu, pengundang kedatangan suami dan anak-anak yang suci. Kalaulah kaum wanita itu umpama bayi yang suci ini, sudah pasti kaum wanita akan mengatasi kaum lelaki. Bukanlah lafaz muannath (perempuan) pada kalimat al-Syams (matahari) itu suatu keaiban, dan tidak juga lafaz muzakkar (lelaki) pada kalimat al-Hilal ( anak bulan) itu suatu kebanggaan. Semoga Allah mengurniakan kamu keberkatan dengan kemunculannya dan kebahagiaan di mana sahaja dia berada. (Lihatlah) perkataan al-Dunya (Dunia) itu muannath (perempuan) di segi Bahasa Arab ( yang disebut Muannath Majazi)…Orang ramai berkhidmat dengannya….Kaum lelaki sejati pula beribadat padanya. Perkataan Al- Ardu (Bumi) juga muannath (perempuan) di segi Bahasa Arab..daripadanya diciptakan umat manusia dan padanya tersebar zuriat keturunan mereka. Perkataan Al-Sama’ (Langit) juga muannath (perempuan) di segi Bahasa Arab..Sesungguhnya ia dihias dengan cakrawala, dan diperindah dengan gugusan bintang yang menembusi (kegelapan) sinar cahayanya. Perkataan Al-Hayah (Hidup) juga muannath (perempuan) di segi Bahasa Arab..kalau tidak kerananya nescaya tidak bertindak dan bergerak jiwa raga manusia. Perkataan Al-Jannah (Syurga) juga muannath (perempuan) di segi Bahasa Arab..Orang-orang yang bertakwa dijanjikan dengannya..dan para rasul akan dilimpahi kenikmatan di dalamnya. Tahniah buatmu atas anugerah Allah yang menjadikanmu sebagai pemimpinnya, semoga Allah mengurniakanmu sifat syukur ke atas segala pemberianNya, dan semoga Allah panjangkan umur kamu selama mana masih wujud keturunan bani Adam dan selama mana kekal perjalanan masa di muka bumi ini.”
No comments:
Post a Comment