"Adakah si isteri menyintai sepenuhnya suaminya walau cinta kedua???"
atau
"Adakah si isteri masih teringat kekasih/tunang yang pada pandangan pertama walau isteri sudah berkahwin dengan cinta yang kedua???"
Kata orang, pengalaman pertama adalah segala-galanya. Namun, sejauh mana untaian kata itu terbukti? Pada pandangan saya, setiap orang mempunyai kisah silam masing-masing. Namun, setelah berkahwin, pasangan tersebut perlu membuka lembaran baru, bukan untuk mengingati dan mengungkit kisah silam masing-masing. Perlu diingat di sini bahawa hanya suami yang layak si isteri cintai dan begitu juga sebaliknya. Tiada lafaz cinta untuk hak seorang tunang atau kekasih. Hal ini kerana cinta yang halal hanyalah selepas berlakunya lafaz akad nikah. Selepas lafaz tersebut, isteri/suami wajib mencintai sepenuhnya pasangan masing-masing. Perkara yang berlalu biarkan ia berlalu pergi. Usah dikenang kenangan lalu. Hati pasangan anda perlu dijaga dan dihormati. Jadi, wujudkah cinta kedua? Jika suami adalah orang kedua yang berjanji setia untuk sehidup semati demi dakwah menyebarkan syiar Islam, makanya, suami adalah cinta pertama walau dia yang kedua atau ketiga dalam sejarah hidup si isteri. Hargailah apa yang diberi. Mungkin sejarah sebelum alam perkahwinan itu adalah sekadar dugaan Yang Maha Pencipta atas para hambaNya yang telah berjanji setia untuk mengabdikan diri padaNya. Apa-apa pun cinta suami isteri adalah cinta sejati manakala cinta kepada Illahi itu yang hakiki. WaAllahu a'lam...
Assalamu'alaikum warahamtullah wabarakatuh....
ReplyDeleteAlhamdulillah... tahniah atas perkongsian ini. Perkongsian ini juga adalah ilham yang disampaikan...
bercintalah selepas berkahwin. sebab itu, walaupun seseorang itu merupakan tunang, janganlah dianggap akan menjadi suami atau isteri. Sesungguhnya ALLAH s.w.t menetapkan yang lebih baik untuk kita.
Lebih baik untuk kita maksudnya pasangan itu adalah pelengkap kepada diri kira. Kekurangan itu yang akan dilengkapkan semasa perkahwinan.
Belajar mencari, untuk dicintai...
~sekadar pekongsian ilmu dari yang faqir ilmu~
Syukran atas respon. Pada pandangan saya kan kak, bukan menganggap namun berharap dengan redha Allah. Mudah2an tunang tu menjadi pelengkap diri.
ReplyDeletesemoga segalanya dipermudahkan ALLAH s.w.t....
ReplyDeleteinsya ALLAH... mencari redha ALLAH sentiasa...
Cinta segi tiga, segi empat camne kak? huhu
ReplyDelete