Bismillah

Thursday, May 6, 2010

Tahajud..oh..tahajud !!

Salam ukhuwah fillah..sekadar perkongsiann yang tak seberapa ni..dulu ana ada call seseorang yang merupakan ahli tasawuf. Saje nak mintak kata2 semangat dalam ibadat..ana tanya, bagaimana nak bagun malam? Katanya, kene kuat bermujahadah melawan nafsu..walaupun tido lewat pun, kene bangun malam jgk..hatta kalu tinggal lg 15 minit nak azan subuh, kalu sempat, buat 2 rakaat (dari kuliah dato’ ustz ismail kamus)..huhu..beratnya..bila mana kita terkejut, lantas tgk jam, 3 pagi, terus bangun mandi atau ambil wuduk..andai kata kita duk kata kejap lagi la, lagi 5 minit la, baring-baring kejap la, atau awal lagi, makanya iblis akan mendatangi kita..tu pasal la, bila dah terjaga sekali, terus bangun, jgn duk baring2 lagi sebab, mesti kita akan terlelap nanti..pah tu, mula la menyesal..Bila mana sesuatu hadiah yang tidak nampak di mata, kita kurang yakin..ini bersangkut dengan kekuatan akidah kita..banyak kelebihan bilamana kita tahajud. Antaranya, hadiah syurga..namun, tidak ramai antara kita yang bersungguh-sungguh bangun..namun, suka ana ingatkan diri ana serta siding pembaca, andai kita berupaya bangun malam, jgn kita bangga kerna bangun kita itu adalah dengan izin dan rahmat Allah..sesungguhnya kita sebagai manusia tiada apa2..segala-galanya adalah kudrat dan iradat Allah S.W.T..kita hanya hamba..makanya, bersifat la seperti hamba..Waallahu a’lam..

MUTIARA HIKMAH DARI KITAB IBNATI AL-HABIBAH

“INILAH JALAN YANG LURUS MENUJU SYURGA”
(karangan syeikh Abdurrahman al-Sanjari)
NILAI SEORANG WANITA
Al-Tha’alibi menulis surat ucapan tahniah kepada seorang bapa yang baru memperolehi bayi perempuan dengan katanya :


‘Selamat datang wahai wanita yang pintar, bakal ibu, pengundang kedatangan suami dan anak-anak yang suci. Kalaulah kaum wanita itu umpama bayi yang suci ini, sudah pasti kaum wanita akan mengatasi kaum lelaki. Bukanlah lafaz muannath (perempuan) pada kalimat al-Syams (matahari) itu suatu keaiban, dan tidak juga lafaz muzakkar (lelaki) pada kalimat al-Hilal ( anak bulan) itu suatu kebanggaan. Semoga Allah mengurniakan kamu keberkatan dengan kemunculannya dan kebahagiaan di mana sahaja dia berada. (Lihatlah) perkataan al-Dunya (Dunia) itu muannath (perempuan) di segi Bahasa Arab ( yang disebut Muannath Majazi)…Orang ramai berkhidmat dengannya….Kaum lelaki sejati pula beribadat padanya. Perkataan Al- Ardu (Bumi) juga muannath (perempuan) di segi Bahasa Arab..daripadanya diciptakan umat manusia dan padanya tersebar zuriat keturunan mereka. Perkataan Al-Sama’ (Langit) juga muannath (perempuan) di segi Bahasa Arab..Sesungguhnya ia dihias dengan cakrawala, dan diperindah dengan gugusan bintang yang menembusi (kegelapan) sinar cahayanya. Perkataan Al-Hayah (Hidup) juga muannath (perempuan) di segi Bahasa Arab..kalau tidak kerananya nescaya tidak bertindak dan bergerak jiwa raga manusia. Perkataan Al-Jannah (Syurga) juga muannath (perempuan) di segi Bahasa Arab..Orang-orang yang bertakwa dijanjikan dengannya..dan para rasul akan dilimpahi kenikmatan di dalamnya. Tahniah buatmu atas anugerah Allah yang menjadikanmu sebagai pemimpinnya, semoga Allah mengurniakanmu sifat syukur ke atas segala pemberianNya, dan semoga Allah panjangkan umur kamu selama mana masih wujud keturunan bani Adam dan selama mana kekal perjalanan masa di muka bumi ini.”

Mimpi???

Salam ukhuwah fillah..pernah tak kalian tidur dan bermimpi??..apabila kalian bangun, kadang-kala kita ingat mimpi kita, kadang kala tak ingat langsung, tapi kita tahu yang kita ada bermimpi sesuatu..berdasarkan kitab Daqaiqul Akhbar, apabila roh keluar dengan akal, makanya, kita akan ingat akan mimpi tu. Jika kita bermimpi dengan orang yang sudah meninggal dunia, ia sebenarnya terjadi kerana roh orang hidup akan bertemu dengan roh orang yang sudah mati. Roh orang hidup akan pergi mencari semula jasadnya. Roh bagi orang yang dah mati pun rasa nak masuk semula ke jasad namun Allah akan tahan.Roh yang ditahan adalah orang yang telah mati (tidak dapat kembali ke jasad).Allah akan pegang roh bagi orang yg dah mati. Ana harap maksud ‘pegang’ di sini, jangan kita fikir mcm kita pegang ye. Kerana manusia ni bersifat kekurangan.Hanya Allah sahaja yang bersifat kesempurnaan. Makanya, jika kita fikir juga, kita akan menyamakan dengan sifat manusiawi.. Bila roh masuk ke badan, lantas, kita akan terjaga. Terdapat dua keadaan roh. Keadaan roh yang apabila ia keluar, kita mati dan yang keduanya, keadaan roh yang keluar masa kita tidur namun kita tak mati..Segala yang baik itu datang dr Allah, manakala yang lemah itu datang dari diri ana sendiri, hakikatnya kedua2nya datang dari Allah jua..Waallahu a’lam

Saturday, May 1, 2010

Sedikit perkongsian..

Salam..InsyaAllah, untuk akan datang, ana akan gunakan sepenuhnya blog nie untuk perkongsian sedikit ilmu yang tak seberapa berkenaan dgn pengajian kitab..ia berkenaan bab haid, istihadhah wa nifas daripada 'kitab sabilah muhtadi'..kalu yg bab tauhid, InsyaAllah, tunggu ana khatam berulang kali ye..sbb bab tauhid ni bkn perkara mudah dan ana khuatir jika disalah faham..semoga antum mendapat manfaat dr ziarah blog yg serba dhaif ni..syukran..wassalam

Saturday, April 24, 2010

Sakitnyee..

Kuatnye ujian Allah..kebangkitan muslimat kerna kekurangan min..tidak selayaknye seorang muslimat yg handle utk program jemaah..apatah lagi untuk memegang amanah handle program ke Pondok..huhu..beratnye tanggungjawab..sakitnye kepala nak pikir..huhu..berdepan ngn 'perang kertas' lagi..huhu.min..oh.min..knape la kalian tak tercabar langsung ngn keupayaan mslmat...Moga Allah permudahkan ana..amin

Tuesday, April 13, 2010

Siapakah aku di hadapan Mu nanti??

Hidup ini sering menangisi yang telah pergi. Namun, di kejauhan hati, terdetik bagaimana pula aku di hadapan Dia?? As-syahid Faizol telah menghadap Pencipta pada jam 4.45 pagi 11 Januari 2010. InsyaAllah, ana akan menyambung perjuangan as-syahid dalam penulisan blog. Cinta di hatinya sepenuhnya untuk Illahi. Sehinggakan, dia mampu mengucapkan cintanya untuk Illahi pada sekalian manusia. Tergambar di wajahnya akan kecintaan pada Illahi. Sedangkan aku, jauh tertinggal ke belakang. Diri ku yang banyak dosa sehinggakan jutaan muslimat yang baik, aku yang terakhir sekali. Terlalu kerdil diri ini untuk menghadap Illahi. As-syahid telah bersedia untuk menghadap si Penciptanya, sedangkan aku, terlalu banyak kelemahan serta belum sedia untuk mati..sedihnya hati hanya Dia yang tahu. Jika Allah ingin mengambil jasadku ini, bila-bila sahaja Dia boleh ambil kerna aku hambaNya. Kini, ku terlalu mendambarkan cinta Mu. Ku pernah diuji dengan cinta manusiawi. Moga hati ini dipenuhi dengan cintaMu. Cukuplah dengan ujian yang lalu. Tidak ingin ku ulanginya lagi. Diri ini terlalu tertekan dengan dosa-dosa silam ku. Ya Allah, aku mohon, jangan tinggalkan aku. Pimpinlah aku dalam mendapatkan redhaMu..

Friday, December 18, 2009

MUQADDIMAH SURAH AL-TALAAQ
Surah ini diturunkan di Madinah, mengandungi 12 ayat. Dinamakan surah "At-Talaaq"(perihal talaq) kerana pada awal surah ini dan ayat-ayat yang berikutnya, Allah Ta'ala menerangkan hukum talaq dan perkara-perkara yang berhubung dengannya. Lalu ditegaskan: Bahawa sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah yang telah diterangkan itu, maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya sendiri, dan buruk akibatnya.
Intisari kandungannya: Menerangkan dengan panjang lebar tentang cara seseorang Islam menceraikan isterinya setelah hal itu tidak dapat dielakkan lagi;demikian juga tentang soal isteri yang telah diceraikan dan memerlukan tempat tinggal (sementara selesai iddahnya).
Kepada orang yang terlanjur menceraikan isterinya, diperintahkan supaya mematuhi hukum Allah yang telah diterangkan mengenainya:
"(Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain)"
Yakni boleh jadi orang itu akan menyesal menceraikan isterinya dan ingin meruju'kannya. Kemudian diterangkan : Apabila si isteri yang diceraikan itu hampir habis tempoh "idddahnya", maka bolehlah suaminya meruju'kannya dengan cara yang baik, atau melepaskannya dengan cara yang baik. Kemudian ditegaskan lagi : Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah ( dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya, "serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya".
Oleh itu sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya-untuk menolong dan menyelamatkannya.
FADHILAT ORANG YANG MEMBACA SURAH AT-TALAAQ
Adapun faedah ayat ini ialah :
1. Apabila diwiridkan pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu lima waktu, nescaya Allah akan murahkan rezekiNya dan akan mencapai kemuliaan dunia dan akhirat.
2. Barangsiapa yang membaca ayat ini selepas sembahyang fardhu dengan bilangan ganjil (1,3,5) nescaya dia akan ditolak dari segala kesulitannya dan Allah akan melapangkan dadanya serta merasa tenang dalam pergaulan dengan masyarakat perumahan dan pekerjaan.