Salam ukhuwah..
Hari ni adalah hari keenam ana di sekolah. Hubungan antara ana dengan pelajar semakin erat. Mana taknya, suatu ketika, beberapa orang pelajar nampak ana, mereka ingatkan ana akan masuk ke kelas mereka, jadi nampak riak muka mereka tergambar akan kegembiraan. Namun, ana sekadar lalu kerana mahu ke kelas lain. Mereka jadi hampa. Kasihannya. Ada sebilangan pelajar lelaki memanggil ana "cikgu" dari tingkat atas sambil melambai tangan membuatkan ana rasa terharu. Untuk pengetahuan kalian, mereka adalah antara kelas akhir di tingkatan satu. Namun, penghormatan yang mereka berikan buat ana rasa sayang hendak meninggalkan sekolah. Hal ini adalah berbeza dengan sebilangan guru yang lain. Mereka rasa kurang selesa masuk ke kelas akhir. Namun, ia tidak boleh menyalahkan guru seratus peratus. Namun, di sini ingin ana jelaskan kepada rakan seperjuangan ana di medan pendidikan, "ketahuilah olehmu akan kefahaman yang mana ia adalah rezeki daripada Allah." Makanya, banyakkanlah bersabar dan doakan untuk anak muridmu. Seorang ustazah merangkap pendakwah bebas di sekolah tersebut ada berkongsi ilmu tentang bagaimana cara bilamana kita berkata walaupun perlahan, anak murid atau anak2 akan mendengar. Katanya, " Menurut Sheikh Ali Haddad, banyakkanlah membaca Al-Quran jika mahu percakapan menjadi bisa serta orang mahu mendengar akannya".
Ana ada menjadi guru pengganti untuk kelas tingkatan 1 yang dikenali sebagai kelas pandai. Kene ajar 2 masa di makmal. Dari jam 11.50 hingga 1.10. Suatu tempoh yang agak lama bagi diri ana yang kurang persiapan. Mana taknya, awal pagi selepas perhimpunan selesai, baru ana dimaklumkan ana diminta untuk jadi guru ganti. Ana pun ambil peluang untuk dapatkan pengalaman selain menjadi prasyarat Rancangan Orientasi Sekolah (ROS). Sebelum kelas bermula, ana jadi gelisah, mouse komputer rosak, laptop pula dalam bilik guru. Rakan ana dari UKM pula tak dapat send file untuk ana mengajar. Jadi, nak tak nak, ana harus memikirkan cara lain untuk mengajar. Alhamdulillah, persiapan yang sekejap di bilik guru, ana gunakan untuk tempoh pengajaran dan pembelajaran (P&P).
"Cikgu, tengok mereka, mereka buat Ching menangis", mengadu seorang pelajar perempuan India pada ana. Dalam hati ana "Waduh-waduh, ujian apa plak ni, takpe2, sabar".
Dengan wajah senyuman, ana ke belakang untuk melihat apa yang terjadi. Hendak ditegur pelajar yang membuli tu, ana khuatir mereka malu. Jadi, ana cuba cari kesalahan lain untuk menegur.
"Erm. Cikgu nak tengok kuku awak. Panjangnya..nanti potong". Tegas ana
Alhamdulillah, mereka senyum. Kemudian, ana ke meja pelajar yang dibuli tadi serta tanya akan keadaannya (teknik memujuk). Alhamdulillah, ana mampu mengawal kelas. "Kecil-kecil cili padi", kata ibuku selepas ana menceritakan pengalaman di sekolah. Sebelum ana mula mengajar, ana akan membuat peraturan dalam kelas. Bila ana kata " Perhatian!" pelajar perlu angkat tangan kanan serta tangan kiri menutup mulut. Jika mereka lambat untuk berbuat begitu, mereka akan didenda. Dendaan adalah suatu yang ditakuti oleh pelajar. Kelakar rasanya. Namun, ana berbuat sedemikian supaya pelajar sentiasa memberi perhatian. Jauh di sudut hati ana, ana tidak mahu mendenda mereka. Di akhir pengajaran, ana mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Itu adalah tanda penghargaan yang ana berikan buat pelajar. Selepas semua pelajar beredar dan masuk ke kelas mereka semula, 3 orang pelajar perempuan India menemui ana untuk bergambar bersama. Terharu ana. Penghormatan yang diberikan buat ana semakin sayu untuk meninggalkan mereka. Moga mereka diberikan hidayah. Amin..
'Sayangi yang muda, hormati yang tua'
No comments:
Post a Comment