Bismillah

Monday, July 5, 2010

Sabarlah hati..

"Wani, tolong jadi guru ganti. Awak masuk Kelas 1 Wardah", pinta Cikgu Ashikin, sahabatku dari UKM yang masih dalam praktikum.
" Ganti siapa? Berapa lama?" soalku.
" Ganti Ustazah Zanariah. Dia cuti hari ni. Daripada jam 8.10 hingga 8.50 pagi", jawab Shikin.
"Ok. InsyaAllah. Bereh je",kataku.

Kelas agak bising. Mana tidaknya, pelajar daripada pelbagai kelas dicampurkan sekali. Banyakla ragamnya.

"Tidak boleh jadi ni. Kalu dibiarkan, bahaya jugak. Kelas sebelah bangunan pejabat. Abis la aku", aku bermonolog.

Aku meminta pelajar yang duduk di belakang kelas berkumpul ke hadapan supaya suaraku didengari semua. Syukurlah, mereka mendengar kata.

Aku : Ok kelas, kalau saya bercakap, awak pun bercakap, siapa ye yang nak dengar?
Pelajar : Hantu, cikgu!

Aku tersenyum panjang. Dalam hati, sabar je la. Aku sentiasa berdoa moga diberikan kesabaran yang tinggi. Aku khuatir, jika ada perasaan marah dalam hati kerana nasihatku pastinya akan dicampuri nafsu amarah bukan berdasarkan ilmu.

Aku : Awak ni, tak perlulah cakap bab hantu ke, jin ke, saya pun tahu jugak ilmu jin ni.
Pelajar (sambil menunjukkan jarinya kepada ku : Cikgu, keluarkan hantu daripada
jari saya!!

Waduh2!! Gawat ni. Sabar je la. Main2 pulak die. Namun, aku tidak menyalahkan mereka. Pengaruh televisyen dalam kalangan pelajar sangat kuat. Hal ini mengingatkan aku akan Ustaz Zul, Ketua Dewan Ulamak Pas Melaka, merangkap mudir pondok Baitul Qurra' wal ilmi, pernah menceritakan bahawa ada ulamak ( ana lupa namanya) bagitahu Ustaz Zul bahawa jika mahu membina pondok, pastikan tiada televisyen di pondok.

Aku : Ok kelas, beritahu saya, Siapa Allah?
Pelajar : Tuhan, Maha Pengasih, Maha Penyayang (Pelbagai jawapan yang diberikan.

Aku mengiyakan sahaja. Menghargai semua jawapan.

Aku : Ok, macam mana nak dekatkan diri kita dengan Allah?
Pelajar : Solat! Mengaji ! Pergi haji bagi yang berkemampuan! Bersedekah!

Alhamdulillah. Lega hatiku. Paling kurang, mereka tahu cara-cara mendekatkan diri dengan Sang Pencipta. Ok, sudah tiba masanya untuk aku mulakan rancanganku ( korek rahsia pelajar akan solat mereka).

Aku : Ok, sekarang ni, jujur dengan cikgu, siapa yang tidak solat subuh pagi tadi?

Anggaranku seramai 24 daripada 28 orang yang tidak solat subuh (termasuk pelajar muslimat yang uzur syar'ie.. Mungkin paling kurang dalam 20 orang yang tidak solat.

Aku : Kenapa tak solat subuh?
Pelajar : Cikgu, kami tidur lewat sebab tengok bola.( Jawapan pelajar hampir sama)

Aku faham, sekarang ni musim bola. Ada dalam kalangan guru pelatih juga suka memasang lagu tema bola dalam kelas mereka.

Aku : Tadi awak cakap, cara kita mendekatkan diri kita dengan Allah melalui solat. Jadi, sekarang ni awak sendiri tidak solat. Macam mana kita nak dekatkan diri kita dengan Allah? Mana lebih penting, solat atau tengok bola?

Pelajarku senyap seketika. Masing-masing tunduk. Kelas menjadi sunyi. Sengaja ku biarkan mereka begitu supaya mereka berfikir sendiri akan kesilapan mereka.
"Ya Allah, Engkaulah pemegang hati-hati anak muridku ini. Kau lembutkanlah hati mereka agar mereka mentaati perintah Mu. Amin" doaku dalam hati sambil senyum melihat wajah mereka.


Aku : Ok, soalan terakhir, cikgu nak tahu, siapa yang solat cukup 5 waktu sehari semalam?

Pada penglihatanku, hanya seorang sahaja pelajar yang mengangkat tangan. Jadi, 1 daripada 28 pelajar yang solat cukup waktu.

Hal ini menunjukkan, guru perlu berdakwah kepada pelajarnya. Teringat aku akan soalan yang diberikan oleh sahabiah seperjuangan " Wani, apa matlamat awak bekerja? Kalau suami awak suruh duduk rumah, tidak perlu bekerja macam mana?"

Jawabku, " Minta izin dengan suami. Pandai-pandai la pujuk dia supaya bagi keizinan. Sebab niat kita bekerja yang sebenarnya adalah untuk berdakwah. Yang kedua baru membantu suami daripada segi nafkah. Peranan kita penting sebab seorang guru mampu mematikan 7 generasi sedangkan seorang doktor hanya dilihat pada zahirnya mematikan 1 nyawa jika masing-masing tidak menjalankan peranan yang sepatutnya. Memanglah dakwah yang pertama adalah untuk anak-anak, namun, keadaan sekarang, sekularisma berleluasa menyebabkan keperluan kita membimbing anak murid mentauhidkan Allah."

Semakin terasa berat tanggungjawab seorang cikgu...

No comments:

Post a Comment