Bismillah

Thursday, July 29, 2010

“Tunggu ku di pintu syurga”

Setiap insan pastinya mengimpikan pasangan yang terbaik dalam hidup mereka. Jodoh di dunia adalah tidak sama dengan jodoh di akhirat. Jika si suami dan isteri masuk syurga, makanya, isterinya adalah penghulu bidadari bagi suami. Jika hanya suami atau isteri sahaja yang masuk syurga, Allah sudah sediakan pasangan di syurga. Jika saya tersilap, sila betulkan ya. Maklumlah, maklumat ini saya dapat ketika mengaji kitab di pondok. Khuatir jika saya tersalah faham. Apa pun yang pasti, perempuan yang solehah mengharapkan suami yang soleh, yang mana mampu untuk membimbing si isteri ke arah mentaati Allah. Ciri-ciri kesempurnaan pastinya dicari. Yang ada rupa, berilmu agama, bersifat kepimpinan. Apabila melihat kepada kesempurnaan, makanya, kekurangan yang dilihat selepas alam berumah tangga pastinya tidak dapat diterima. Oleh yang demikian, persediaan untuk menerima segala kekurangan pasangan perlulah dilakukan. Teringat saya akan nasihat daripada bonda tercinta, “ Kalau kak ngah mencari yang hensem, pastinya lelaki tu akan melihat pada rupa paras kak ngah. Kalau kak ngah melihat lelaki tu pada agamanya, dia juga akan melihat pada agama kak ngah.” Pesan kak senior upsi suatu masa dulu, “ Wani, carilah lelaki yang beragama, kerana lelaki yang beragama secara automatik mempunyai wajah yang sedap mata memandang. Itu kelebihan yang Allah berikan”.
Dalam mencari yang sempurna, terkadang kita terlepas pandang akan kekurangan yang ada pada diri sendiri. Rasa kelakar di hati saya apabila memikirkan suatu keadaan. Begini ceritanya , ada dua orang muslimat yang sama baik agamanya. Seorang sudah bersedia untuk berumah tangga manakala seorang lagi belum bersedia. Namun, berderet muslimin merisik muslimah yang belum bersedia itu. Hanya yang bersedia setia menanti muslimin yang ingin merisiknya. Geram juga di hati saya. Pada saya, pastinya rupa paras menjadi tumpuan. Kononnya ingin menjaga keturunan. Macam lah muka tu hensem sangat. Duhai kaum Adam, diri kalian begitu berbeza dengan kaum Hawa. Sehingga saya kurang memahami perangai sebenar kaum Adam. Pada kaum Adam, sedap mata memandang membawa erti ‘cantik’. Namun, pada kaum Hawa, sedap mata memandang itu ‘sekadar pada mata yang melihat’. Apa-apa pun, ana hormati keputusan masing-masing. Moga kalian membuat pilihan yang terbaik.

1 comment:

  1. asif kak wani.. macam nak gelak je baca post ni. hehe.. itulah kak.. entah kenape ye muslimin suka sangat nak pilih muslimat yang rupa paras yang cantik?

    ReplyDelete