Bismillah

Saturday, November 27, 2010

Awasi niatmu..

Alhamdulillah..dengan izin Allah, dapat juga saya untuk berkongsi walau sibuk dengan 'perang kertas'. Mudah-mudahan kita dapat mengambil iktibar daripada kisah yang ingin saya kongsikan.

"Kak Wani, saya nak jumpa sekejap", kata Siti

"InsyaAllah, boleh", kataku.

Seorang adik yang menyapaku untuk berbincang dengan sesuatu. Pada kebiasaannya, selepas aku solat di surau, adik-adik akan datang untuk berjumpa berbincang perihal agama.

"Kak, saya nak banyak buat amal. Nak banyak zikir. Hari tu, akak saya dimasuki jin. Jin tu cakap "cucu-cucuku kurang zikir ya sekarang".

"Jadi, saya rasa tercabar. Tu yang buat saya nak banyak zikir", kata Siti

Aku sekadar senyum.

Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah, dalam kita beribadat kepada Allah, jagalah niatmu. Ikhlas hati, niat untuk Allah semata-mata. Dengan berzikir, ruang-ruang untuk jin syaitan masuk dalam tubuh, insyaAllah akan ditutup. Mintalah perlindungan Allah. Lagi satu, cuba kalian lihat pada perkataan 'cucu-cucuku'. Renung perkataan itu. Sejak bila kita menjadi cucu jin? Bukankah kita cucu cicit Nabi Adam a.s..???? Manusia adalah khalifah yang Allah lantik di muka bumi. Bukan jin. Sanggupkah kalian mengaku sebagai cucu jin? Hati-hati dengan tipu daya jin dan syaitan.

"Tidak aku mampu memenuhi setiap syariatMu dalam hidup seharianku, makanya, ampunilah daku, Ya Rabbi".

No comments:

Post a Comment