Bismillah

Sunday, November 7, 2010

Kemanisan ujian

Setiap manusia akan diuji Allah dalam setiap masa. Pernah sewaktu aku di pondok, seorang muslimah bertanya soalan kepada ustaz.

"Ustaz, kenapa ana rasa ana tidak diuji? Sebab ana tak de masalah, ikhtilat antara lelaki ana jaga, ana tak de masalah hati, kesulitan dalam hidup pun tak de".

Ingin je hati ini untuk menjawab soalan muslimah tu selaku wakil ustaz..maklumlah, kadang2 dalam kelas, jika ada pertanyaan, ustz tanya aku akan jawapannya. Namun, bijak dan nakal juga aku. Bila aku dengar soalan yang tidak mampu dijawab, aku akan gerakkan tangan dan pura-pura menulis. Padahal kertas tu kosong. Mudah-mudahan zuriatku tidak sebegitu..;)

Ustaz tersenyum sambil menjawab. " Saat ketika anti rasa tidak diuji, itulah nama ujian. Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk. Saat senang, susah dan sebagainya."

Apa yang penting, setiap individu muslim perlu tabah dan sabar dalam menghadapi ujian. Mengadulah pada Sang Pencipta kerna tidak akan Allah uji jika dia tidak mampu menghadapiNya. Adalah mustahil bagi akal, jika Allah bertindak zalim pada hambaNya. Segalanya adalah kasih sayang Allah. Pernah seorang muslimah datang berjumpa aku di bilik.

"Wani ada cakap apa-apa tak masa kat surau dengan akak?" soal 'hafizoh'.

"Erm..tak de plak kak. Cuma saya tanya kenapa mata akak bengkak. sebab tidur lewat ke". jawab ku.

"Takde la. cumanya, kak ada mimpi Wani. Wani suruh akak bangun malam dan mengadulah sepenuhnya pada Allah."

Erm..dalam hatiku pelik juga. Maklumlah, diri ini terlalu banyak kelemahan dan kesalahan yang dilakukan. Mudah-mudahan Kau ampuni diriku ya Allah. amin...

Setiap ujian itu adalah untuk menilai hambaNya. Pernah aku diaju soalan "kenapa saya sering diuji kak wani?"

Mudah jawapanku " Jutaan dan berbilion manusia yang Allah lalaikan, adik pula yang Allah beri ujian kerana nak tingkatkan iman adik, bukankah ia kasih sayang Allah?"

Pandanglah sesuatu yang terjadi itu dengan kasih sayang Allah. InsyaAllah, pasti jiwa akan merasa tenang. "Jagalah Allah, pasti Allah menjaga mu".

1 comment:

  1. Alhamdulillah...

    perkongsian yang baik. Setiap sesuatu kesenangan dan kelemahan, itulah ujian.

    Ujian bukan bermakna kesusahan sahaja. Kesenangan juga ujian....

    Semoga kita sentiasa beringat dan menjadi hambaNya yang bersyukur....

    ReplyDelete