Bismillah

Wednesday, September 15, 2010

Dirimu dalam doaku

Sudah 10 hari atuk kesayanganku pergi menghadap Illahi. Terasa sayu dihati. Namun ku panjatkan seribu kesyukuran kerna sempat bersalam dan senyum kepadanya. Pada 4 September 2010, hari Sabtu, bersamaan 27 Ramadhan, ibu menelefon ku memberitahu atuk masuk wad lagi. Sedihnya tidak terkata. Aku menangis di bilik selepas solat dhuha. Nasib baik masa tu tinggal sorang kat rumah. Semua dah balik ke kampung halaman masing-masing. Dulu aku berhajat untuk menjaga atuk dan nenek di kampung. Dapat jugaklah nanti ngaji kitab dengan atuk. Maklumlah, satu-satunya cucu yang ikut jejak langkahnya ngaji kitab. Yang peliknya, setiap kali lepas ngaji kat pondok, bila balik kampung nak ngaji dengan atuk, atuk pasti beri jawapan, “ Wani pergi la ngaji jauh-jauh. Atuk bukan orang alim”.
Pada hari Isnin tu, di awal pagi lagi aku dah temani mak ke hospital. Lepas jam 2.30 petang, aku balik ke rumah untuk berehat. Dalam jam 5 petang, abangku ajak teman nenek ke hospital. Aku ringan saja ikut abang. Petang tu, ntah kenapa aku ajak sepupu ku ke bilik mayat. Aku pun pelik, kenapa tidak tempat lain. Tapi niatku bawa mereka keluar kerna tidak mahu atuk terganggu. Kemudian, bila jam dekat 6.30petang, kami masuk semula ke wad. Atuk seperti nyawa-nyawa ikan. Aku tak sanggup melihatnya. Pabila melihat wajah seorang sahabat atuk dalam tarekat yang hadir ke wad, buat aku semakin nak nangis. Namun, kerna ego, aku buat macam biasa. Atuk masih bertindak balas dengan normal. Dia masih ingat akan kawan-kawannya. Kemudian, sahabatnya minta izin untuk undur diri. Maklumlah, dekat jam 6 lebih petang. Masing-masing nak berbuka. Pada jam 7.10 petang, nurse bagi atuk minum susu guna tiub. Atuk masih sedar. Sejurus air susu masuk dalam tiub, atuk kembali menghadap Illahi. Aku bagai tidak percaya.
Ya Allah, Kau kuatkanlah aku…Tatkala aku keseorangan, aku teringat akan kenangan indah bersama atuk. Berikut adalah antara dialog aku dengan atuk yang sentiasa bermain dalam ingatan.

Ni ketika aku bawah umur 12 tahun

Atuk: Dah besar nanti Wani nak jadi apa?
Aku : Wani nak jadi lawyer boleh tak tok?
Atuk: Bahaya la. Nanti kalu salah bela orang nanti, kita juga yang susah.
Aku : Nak jadi hakim boleh?
Atuk : Kalu salah hakim, kita juga akan dipertanggungjawabkan.
Aku : Nak jadi pembaca berita la. Cantik bila masuk TV.
Atuk : Ha, yang tu tak boleh.
Aku : Kalu macam tu, Wani nak jadi pensyarah la tok.

Aku : Tok, kenapa baju atuk koyak?
Atuk : Tunggu Wani belikan baju untuk atuk.





Ketika aku umur sekitar 16 dan 17 tahun.
Aku : Tok, sekolah tak da air. Susah betul nak mandi.
(Semasa aku sekolah di Sek.Men.Agama Persekutuan Labu (SMAPL)
Atuk : yelah, dalam labu memang takde air. Wani penah tengok ke dalam buah labu ada air?
Aku : Waduh2, atuk loyar buruk plak.


Ni ketika aku umur 20 tahun ke atas
Aku : Tok, ni semua kitab yang Wani ngaji. Cuba atuk tengok.
Atuk: Erm..ni semua kitab tinggi. Tak sesuai untuk Wani.
Aku : Ntah la tok. Wani ngaji je. Tapi ok je. Mudah faham. Cuma yang bab tauhid Wani pening skit.

Aku : Atuk, kawan Wani ada masalah hati. Apa ye zikir yang perlu diamal?
Atuk : Wani ni pandai je.
Aku : Tok, kadang-kadang lepas terjaga dalam jam 3 pagi, Wani nak tido sekejap, tapi last-last bangun time subuh. Macam mana nak buat ye?
Atuk : Lepas terjaga, cepat-cepat pergi ambil wuduk atau mandi. Kalu dilengahkan, makanya syaitan akan mendatangi kita.

Aku : Tok, Wani beli Harakah. Atuk nak tak?
Atuk : Mana? Bak sini, atuk baca. Atuk ambik ye.

Erm… jika sempat ku ucapkan sayangku padamu, alangkah indahnya. Namun, di saat ketika ini, sayang yang perlu ku tunjukkan padamu adalah dengan sedekah al-fatihah dan sedekah amal jariah. Syukur di hatiku, kerna aku telah ngaji kitab berkenaan alam kubur, roh, neraka dan syurga. Jadi, bila keadaan ini terjadi, aku faham ia adalah takdir. Berkaitan dengan aqaidul iman. Sayang pada insan sesama hidup berbeza dengan yang mati. Tanda lafaz sayang adalah untuk yang hidup namun bagi yang mati, untuk tunjuk sayang kita padanya adalah melalui sedekah. Aku menyeru diriku dan sahabat sekalian untuk rajin menuntut ilmu. Jangan biarkan diri kita jahil sehingga saat kita menghadap Sang Pencipta. Sentiasa dalam doaku, “Ya Allah, jika dengan ilmu dapat mendekatkan diriku pada Mu, makanya Kau permudahkan urusanku dalam menuntut ilmu”. Alhamdulillah, jika kita banyak berdoa, insyaAllah, kita akan diberi kefahaman walau susah macam mana sekalipun, Tu yang aku sentiasa menjadi pelajar kesayangan tok guru. Hehe…Teringat aku semasa aku kecil lagi, dalam umur 13 tahun atau 15 tahun ntah, atuk jumpa bekas mufti Negeri Sembilan merangkap pemegang tarekat Ahmadiah semata-mata untuk ambik sanad doa penerang hati. Padahal, atuk dah tahu tapi sengaja mahu ambil berkat orang alim. Kemudian, atuk baca doa tu sambil aku menulis di kertas. Beberapa zikir telah diajar kepadaku semasa aku berumur 12 tahun lagi. Atuk banyak mentarbiahku. Aku juga telah dididik untuk menolong nenek berniaga di pasar tani walaupun ayah seorang guru besar. Dia mahu aku belajar akan kesusahan dalam hidup. Semoga atuk ditempatkan bersama orang yang soleh dan mulia di sisiMu Ya Allah. Amin… Al-Fatihah…

Thursday, September 2, 2010

Tak Mampu Vs Tak Mahu


Salam ukhuwah. Pada ruangan kali ini, ana paparkan berkenaan penjelasan akan isu yang mengatakan bahawa jika PAS memerintah Malaysia sekalipun, hukum hudud atau penubuhan Negara Islam tidak akan berlaku. Hal ini disebabkan oleh pakatan bersama DAP. Ramai ahli PAS sendiri menjadi keliru apabila diutarakan isu ini. Jangan mudah melatah akan agenda pihak musuh!! PAS mahu menjalankan hukum hudud dan penubuhan Negara Islam namun tidak mampu. Ia berbeza dengan tidak mahu. Ia boleh dianalogikan, Ali seorang yang miskin dan tidak mampu untuk mengerjakan haji. Namun, jauh di sudut hatinya, dia teringin sangat dan berhajat untuk mengerjakan haji. Hal ini dapat dilihat, Ali mahu namun dia tidak mampu untuk mengerjakan haji. Bahasa mudah dalam kaedah fiqh, “Jika tidak mampu buat semua, jangan tinggal semua”.
Jika PAS tidak mampu untuk menjalankan hukum hudud, ia bukan menjadi alasan untuk tidak menyokong PAS. InsyaAllah, dengan gabungan, PAS mempunyai kuasa yang mana mampu mengalahkan UMNO dan hukum Islam akan dapat dijalankan. Ada pihak yang cuba untuk menyuruh PAS mengkaji semula akan gabungan dalam PAKATAN dan mufarraqoh ( keluar) dari gabungan.
Oleh yang demikian, hati-hatilah dengan agenda pihak musuh. Banyakkan membaca dan membaca dengan ilmu.