Friday, December 18, 2009

MUQADDIMAH SURAH AL-TALAAQ
Surah ini diturunkan di Madinah, mengandungi 12 ayat. Dinamakan surah "At-Talaaq"(perihal talaq) kerana pada awal surah ini dan ayat-ayat yang berikutnya, Allah Ta'ala menerangkan hukum talaq dan perkara-perkara yang berhubung dengannya. Lalu ditegaskan: Bahawa sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah yang telah diterangkan itu, maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya sendiri, dan buruk akibatnya.
Intisari kandungannya: Menerangkan dengan panjang lebar tentang cara seseorang Islam menceraikan isterinya setelah hal itu tidak dapat dielakkan lagi;demikian juga tentang soal isteri yang telah diceraikan dan memerlukan tempat tinggal (sementara selesai iddahnya).
Kepada orang yang terlanjur menceraikan isterinya, diperintahkan supaya mematuhi hukum Allah yang telah diterangkan mengenainya:
"(Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain)"
Yakni boleh jadi orang itu akan menyesal menceraikan isterinya dan ingin meruju'kannya. Kemudian diterangkan : Apabila si isteri yang diceraikan itu hampir habis tempoh "idddahnya", maka bolehlah suaminya meruju'kannya dengan cara yang baik, atau melepaskannya dengan cara yang baik. Kemudian ditegaskan lagi : Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah ( dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya, "serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya".
Oleh itu sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya-untuk menolong dan menyelamatkannya.
FADHILAT ORANG YANG MEMBACA SURAH AT-TALAAQ
Adapun faedah ayat ini ialah :
1. Apabila diwiridkan pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu lima waktu, nescaya Allah akan murahkan rezekiNya dan akan mencapai kemuliaan dunia dan akhirat.
2. Barangsiapa yang membaca ayat ini selepas sembahyang fardhu dengan bilangan ganjil (1,3,5) nescaya dia akan ditolak dari segala kesulitannya dan Allah akan melapangkan dadanya serta merasa tenang dalam pergaulan dengan masyarakat perumahan dan pekerjaan.

Sunday, October 18, 2009

Memahami Kalam ALLAH ..

Masyarakat jahiliah percaya makhluk yang tidak dapat dilihat pandangan mata kasar, yang dipanggil jin, boleh merasuk manusia dan seterusnya memberitahu manusia perkara ghaib. Golongan penyair dan tukang tilik masyarakat jahiliah Arab kuno, umpamanya, dianggap golongan yang mendapat pemberitahuan mengenai perkara ghaib daripada jin. Mereka diistilahkan sebagai syair dan kahin.
Dari segi istilah, kahin bererti seorang yang memiliki kuasa ghaib dan menggunakan kekuatan itu sebagai profesion. Perkhidmatan kahin dibayar untuk menafsirkan mimpi, mencari unta yang hilang, mengubati penyakit atau menyiasat jenayah yang berlaku dalam masyarakat. Mereka lazimnya melafazkan mentera yang diucapkan dalam bentuk ayat pendek, tetapi dipercayai penuh bermakna, kebiasaannya dalam satu rima.
Gejala ini umumnya dikategorikan dalam kesarjanaan moden sebagai shamanism. Ini boleh dilihat dalam fenomena kepawangan dan tradisi pedukunan masyarakat Tunguso-Manchuria, Siberia dan Ural-Altaic di benua Artik dan Asia Tengah, masyarakat Oceania, orang asli Amerika Utara dan Melayu sebelum Islam.
Penyair juga dalam masyarakat jahiliah Arab kuno, seorang yang mengetahui atau menyedari sesuatu yang luar biasa, sesuatu mengenai alam ghaib. Pengetahuan mengenai alam ghaib diperoleh manusia bukan daripada pengamatan peribadinya, tetapi daripada persahabatan dengan makhluk ghaib yang dalam bahasa Arabnya dipanggil jin. Syair bukanlah satu seni, tetapi pengetahuan ghaib yang diperoleh daripada perhubungan langsung dengan roh itu yang tidak nampak tetapi dipercayai berkeliaran di angkasa raya. Sebab itulah penyair Arab purbakala, seperti al-A'sha al-Akbar misalnya, dianggap ketua kabilah Arab Badawi. Sewaktu perang, umpamanya, mereka melucutkan senjata musuh awal lagi dengan kuasa ghaib mereka, dengan sumpah, mentera dan jampi-serapah.
Apa yang dibuat penyair Arab kuno dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran sebagai 'tidak berasas' atau 'bukan-bukan' (ifk, kata jamaknya afaik). Sebaliknya, Allahlah yang menurunkan Wahyu kepada Nabi Muhammad. Oleh itu, wahyu adalah daripada Allah, Maha Pencipta Alam Semesta (termasuk jin) kepada Nabi, menyatakan yang hak dan benar semata-mata.
Saya ingin menarik perhatian pembaca kepada penyataan Mortimer Jerome Adler dalam karyanya How to Think about God: A Guide for the 20th Century pagan (or one who does not worship the God of Christians, Jews or Muslims; irreligious persons). Dalam buku itu Adler mengakui dirinya sebagai orang yang meneruskan tradisi paganisme Yunani purba seperti filsuf Plato dan Aristotle yang berkarya dalam abad kelima dan keempat sebelum Masihi.
Bagi ahli falsafah seperti Adler, Tuhan itu lebih sebagai objek pemikiran, renungan dan tafakur, daripada sebagai objek pengabdian, sembahan, penyerahan diri, tumpuan pemujaan, ketaatan, kesetiaan dan penghormatan. Dia mengakui akal dan fikiran manusia, walaupun mampu menyediakan alasan munasabah untuk mengesahkan wujud Tuhan, hanya sekadar mampu menggambarkan Tuhan sebagai Wujud Yang Maha Agung (the Supreme Being) yang memelihara dan mengadakan alam semesta saja. Selaku Wujud Maha Agung, Tuhan juga disahkan akal fikiran sebagai Yang Maha Berkuasa, Maha Hidup, Maha Mengetahui, Maha Berkehendak, dan Maha Pengasih (yakni dari segi metafizik, bukan dari segi moral).
Tetapi menurut Adler, persoalan sama ada Tuhan mementingkan atau mengambil berat perilaku manusia ataupun tidak, akal fikiran tidak mampu menjawabnya secara pasti. Adakah Tuhan memerintahkan kita mempercayai dan berbuat sesuatu? Dan adakah Dia melarang kita daripada sesuatu? Tiada jawapan meyakinkan. Demikianlah kesimpulannya: Akal fikiran sendiri tidak mampu mengetahui - apatah lagi menghuraikan - sifat Tuhan sebagai objek pengabdian diri manusia yang wajib ditaati melalui cara kehidupan berakhlak tertentu.
Kesimpulan yang menggambarkan keterbatasan had pengetahuan manusia mengenai Wujud Mutlak Yang Maha Agung ini harus menginsafkan kita. Perlu diingat Mortimer Jerome Adler adalah Pengerusi Majlis Pengarang Encyclopedia Britanica (edisi kelima belas, 30 jilid) dan Ketua Penyunting Great Books of the Western World (edisi kedua, 60 jilid), di samping mengarang lebih 50 buku falsafah dan dialektika yang lain.
Berbalik kepada persoalan asal, fikiran kita hanya boleh mengesahkan secara pasti dan yakin Tuhan mementingkan atau mengambil berat perilaku kita jika Dia sendiri memberitahu kita mengenainya. Hanya dengan bantuan Perkataan atau Kalam Allah saja ilmu dan pengetahuan manusia mengenai Tuhan boleh berkembang dan maju dan hubungan mereka dengan-Nya benar-benar dijalin. Hanya dengan pertolongan Ka-lam Allah manusia boleh memahami-Nya sebagai Objek sembahan Yang Maha Esa (Ilah Wahid) yang mesti ditaati seperti diperintahkan dalam perundangan dan syariah agama. Sememangnya Kalam Allah yang menghuraikan bagaimana manusia harus menyerahkan diri kepada-Nya dalam kehidupan mereka dari kedua-dua segi iaitu kepercayaan dan pelakuan.
Untuk memperkenalkan kekayaan khazanah ilmu Islam kepada pembaca, harus disebut perbincangan mengenai Kalam Allah sebagai Sifat-Nya di kalangan Ahlus Sunnah wal-Jamaah ada dibentangkan oleh ahli metafizik seperti Hujjatul Islam al-Ghazzali dalam al-Maarif al-Aqliah, al-Sheikh Muhyiddin dalam al-Futuhat al-Makkiah, al-Sheikh Sadruddin al-Qunawi dalam Ijaz al-Bayan fi Ta'wil Umm al-Quran dan al-Jami dalam al-Durrah al-Fakhirah. Di kalangan mutakalim pula, harus dicatatkan nama seperti al-Sheikh al-Jurjani dalam Sharh al-Mawaqif dan al-Sheikh al-Taftazani dalam Sharh al-Maqasid. Al-Nasafi, sebagai contoh, menyimpulkannya secara padat seperti berikut: "Kalam Allah adalah Sifat-Nya Yang Esa dan azali, bukan daripada jenis huruf dan suara, berdiri sifat-Nya itu dengan Diri-Nya. Sifat itu menafikan sifat diam dan binasa bagi Allah.
Dengan sifat inilah Allah berkata-kata: Menyuruh, menegah, mencerita. Kalam Allah itu bukan makhluk. Walaupun ia disuratkan dalam segala mushaf kita, dan dihafal dalam segala hati kita, dan dibaca dengan segala lidah kita, dan didengar dengan telinga kita, diturunkan atas Nabi kita, tiada Sifat Kalam Allah itu masuk dalam semua itu."
Seperti yang pernah digariskan oleh alim-ulama Islam, dari satu segi, dari segi akidah, melalui Kalam-Nya yang diturunkan kepada Rasul, Allah memberitahu manusia mengenai Diri dan Sifat-Nya; hakikat alam semesta, asal-usul, perkembangan, susunan, aturan dan hubungan alam semesta; hakikat dan sifat manusia dan rohnya, martabat manusia seperti kerasulan, kenabian, kewalian, keimanan, keilmuan; makhluk ghaib seperti malaikat, jin, iblis dan syaitan; kehidupan sesudah mati yang mengandungi antara lainnya, Hari Kebangkitan, Mahsyar, Penghisaban, Dosa dan pahala, Titian Sirat, Neraka dan Syurga; dan sebagainya lagi.
Dari segi pelakuan, melalui Kalam-Nya Allah memberitahu manusia hukum-hakam yang berkisar dalam batasan lima perkara yang menjadikan sesuatu perilaku itu fardu, sunat, harus, makruh atau haram.
Singkatnya, syariah (bertentangan dengan istilah undang-undang dalam konteks sekular) mengandungi keseluruhan aspek hidup manusia; kepercayaan, tatacara keagamaan, peribadi, keluarga, politik, sosial dan ekonomi. Hanya dengan kepercayaan sihat dan pelakuan soleh manusia mampu mencapai kebahagiaan, kesejahteraan dan kejayaan hakiki di dunia dan di akhirat.
Dalam konteks Rasulullah Kalam Allah ini, lazimnya diistilahkan sebagai Tanzil atau Wahyu, dinyatakan sebagai al-Quran, selaras dengan maksud firman Allah Taala: "Dan tiada bagi manusia itu berkata-kata dengan Allah melainkan dengan perantaraan wahyu atau dari belakang tabir atau dengan mengutus seorang utusan lalu diwahyukan kepadanya dengan izin-Nya apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana. Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) Roh (yakni Malaikat Jibril yang membawa perutusan Allah) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidak mengetahui apakah al-Kitab (yakni al-Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi kami menjadikan al-Quran itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa Yang Kami kehendaki antara hamba kami. Dan sesungguhnya kamu (ya Muhammad) benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus (iaitu) jalan Allah yang kepunyaan-Nya segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Ingatlah, bahawa kepada Allahlah kembali semua urusan." - (al-Syura, 42:51-53).
Rasul diutus dengan tanda dan bukti jelas mengesahkan kebenaran mereka sebagai utusan Allah. Dalam zaman kita ini, umpamanya, tanda dan bukti yang paling jelas daripada Allah kepada seluruh manusia - sama ada orang Arab mahupun yang bukan Arab seperti Yahudi, Kristian, dan Majusi - mengenai kebenaran Muhammad adalah al-Quran.
Dari satu segi, mukjizat al-Quran itu amat pasti bagi orang Arab, kerana al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab yang mereka sendiri secara keseluruhannya lemah untuk menandinginya walaupun cuma satu surah (lihat al-Baqarah, 2:23; Yunus, 10:38, al-Tur, 52:34).
Dari segi lain, golongan yang bukan Arab tahu berdasarkan bukti keadaan (circumstantial evidence) Muhammad tidak boleh membaca, menulis atau mentelaah, bukan daripada perkumpulan masyarakat terpelajar, tidak pernah meninggalkan Makkah untuk menuntut ilmu. Malahan, Muhammad buta huruf di kalangan masyarakat Arab yang buta huruf. Bagaimanapun, Muhammad memberitahu mereka mengenai Tuhan dan perkara ghaib lain secara yang mereka tahu tidak ada sesiapapun mampu menduga-duganya melainkan menerusi wahyu yang diturunkan-Nya.
Tambahan pula, al-Quran membawa apa yang kitab suci sebelumnya sampai kepada takat tertentu, kecuali menerusi al-Quran, Muhammad tidak tahu sedikitpun mengenainya. Justeru Yahudi, Kristian dan Ahli Kitab tahu al-Quran adalah tanda daripada Allah mengenai kebenaran Muhammad.
Maksud firman Allah Taala: "Tidaklah mungkin al-Quran ini dibuat oleh selain Allah; akan tetapi (al-Quran itu) membenarkan kitab sebelumnya dan menjelaskan hukum yang ditetapkannya, tidak ada keraguan di dalamnya, (diturunkan) daripada Tuhan semesta alam. Atau (patutkah) mereka menyatakan: `Muhammad membuat-buatnya.' Katakanlah: `(Kalau benar yang kamu katakan itu), cubalah datangkan sebuah surah seumpamanya dan panggillah sesiapa yang dapat kamu panggil (untuk membuatnya) selain Allah, jika kamu orang benar.' Yang sebenarnya, mereka mendustakan apa yang mereka belum mengetahuinya dengan sempurna padahal belum datang kepada mereka penjelasannya. Demikianlah orang yang sebelum mereka mendustakan (Rasul). Perhatikanlah bagaimana akibat orang yang zalim itu. Di antara mereka ada orang yang beriman kepada al-Quran, dan di antaranya ada (pula) orang yang tidak beriman kepadanya. Tuhanmu lebih mengetahui orang yang berbuat kerosakan. Jika mereka mendustakan kamu, katakanlah: `Bagiku pekerjaanku dan bagimu pekerjaanmu. Kamu berlepas diri terhadap apa yang aku kerjakan dan akupun berlepas diri terhadap apa yang kamu kerjakan." (Yunus, 10:37-40).
Al-Quran adalah wahyu penghabisan. Al-Quran bukan sahaja mengesahkan kebenaran wahyu sebelumnya dalam bentuk asal, tetapi mengandungi prinsip asasi wahyu yang sebelumnya seperti seruan mendirikan syariah agama; tidak bersalah-salahan mengenai agama; keesaan Allah sebagai Objek sembahan (tauhid); pengabdian diri kepada-Nya (lihat al-Syura, 42:13). Al-Quran juga memisahkan antara kebenaran dengan ciptaan kebudayaan dan kebangsaan manusia.

Wednesday, September 30, 2009

Di mana ALLAH????

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:
"Sesungguhnya Tuhan kamu itu Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, kemudian ia istiwaa (bersemayam) di atas 'Arsy".(Al-A'raf :54).
Rasulullah SAW pernah mengajukan pertanyaan kepada seorang budak perempuan milik Mua'wiyah bin Al-Hakam As-Sulamy sebagai ujian keimanan sebelum ia dimerdekakan oleh tuannya yaitu Mu'awiyah :
Artinya:
"Beliau bertanya kepadanya : "Di manakah Allah ?. Jawab budak perempuan : "Di atas langit. Beliau bertanya (lagi) : "Siapakah Aku ..?". Jawab budak itu : "Engkau adalah Rasulullah". Beliau bersabda : "Merdekakan ia ! .. karena sesungguhnya ia mu'minah (seorang perempuan yang beriman)".
Beriman kepada Allah Ta'ala adalah satu daripada rukun iman yang enam yang wajib tetap dalam hati seseorang tanpa becampur syak dan keraguan.Beriman dengan kewujudan Allah Ta'ala ialah dengan mengiktiqadkan Allah dengan iktiqad (pegangan) yang jazam (pasti dan tetap) bahawa Allah Ta'ala yang mencipta dan mentadbir semua benda dan perkara dalam alam ini (rububiyyah), Dialah yang berhak disembah (uluhiyyah), Dia memiliki nama-nama yang agung (asma' al-Jalal)dan mempunyai segala sifat kesempurnaan (sifat al-Kamal) dan Maha Suci dari sifat-sifat kekurangan (Asma' Allah dan sifat-sifatnya).
Kewujudan Allah Ta'ala bukanlah sebagaimana kewujudan alam yang huduth (baharu) yang menerima perubahan, permulaan dan kesudahan, kerana zat dan sifat Allah adalah qadim (tiada permulaan) dan baqa' (tiada kesudahan).
Bagi menjawab persoalan di mana Allah Ta'ala, berbalik kepada dalil al-Qur'an dan Hadith di atas dapatlah dinyatakan bahawa Allah Ta'ala istawaa di atas 'arasy-Nya yang tinggi (Dzat Allah istiwaa/bersemayam di atas 'Arsy-Nya yang sesuai dengan kebesaran-Nya, sedangkan ilmu-Nya berada dimana-mana/tiap-tiap tempat tidak satupun tersembunyi dari pengetahuan-Nya).Imam Malik apabila ditanya "Bagaimana caranya Allah istiwaa di atas 'Arsy ?. Beliau menjawab :
Artinya:
"Istiwaa itu bukanlah sesuatu yang tidak dikenal (yakni telah kita ketahui artinya), tetapi bagaimana caranya (Allah istiwaa) tidaklah dapat dimengerti, sedang iman dengannya (bahwa Allah istiwaa) wajib, tetapi bertanya tentangnya (bagaimana caranya) adalah bid'ah".

Simptom Gangguan Jin

1) Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

Wednesday, September 9, 2009

ALLAH sayang sangat-sangat kepada kita...

Assalamua’laikum...hari ini diriku banyak termenung dari berkata-kata,,terdetik dihati ini untuk berkongsi perkara yang membuat saya banyak termenung memikirkan hal ini,sekali sakala sebak hati ini ..

Pernahkah kita berfikir tentang kasih sayang ALLAH kepada kita???...

Percaya dan yakinlah bahawasanya ALLAH teramat,amat,amat mengasihi kita dan kerana kasih dan sayang Allah itulah kita diberikan petunjuk dan hidayahnya agar kita tetap tegar melalui hari-hari dalam kehidupan kita sehingga kini, agar kita tetap menjalankan perintahnya, agar nantinya kita akan beroleh ganjaran olehnya di syurga dan dijauhkannya dari azab neraka...

Allah amat sayang kepada kita, bahkan setelah berkali-kali kita terjatuh kedalam lubang dosa dan ma’siat tetap saja kita diberikan peluang sekali lagi unutk bertaubat, meminta maaf di atas segala dosa yang kita lakukan. Dan untuk memohon keampunan itu kita hanya perlu bermodalkan sedikit usaha, sedikit kesedaran, sedikit keinsafan dan ditambah dengan amalan... sedang kaum israil taubatnya adalah dengan membunuh diri.

Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Sesungguhnya ada seorang hamba yang melakukan dosa, lalu dia berkata “Wahai tuhanku, sesungguhnya aku telah melakukan dosa, maka ampunilah aku!” Maka tuhannya berfirman, hambaku tahu bahawa dia mempunyai tuhan yang mengampuni dosa dan menghukumnya, lalu diampuninya”, kemudian dia tetap dalam keadaannya menurut kehendak Allah. Kemudian dia melakukan dosa lain, lalu berkata “Wahai tuhanku, sesungguhnya aku telah melakukan dosa lain, maka ampunilah aku!”. Tuhannya berfirman, “ hambaku tahu dia mempunyai tuhan yang mengampuni dosa dan menghukumnya, lalu diampuninya lagi”. Kemudian dia tetap dalam keadaannya menurut kehendak Allah. Kemudian dia melakukan dosa lagi lalu berkata “Wahai tuhanku sesungguhnya aku telah melakukan daso maka ampunilah aku”. Tuhannya berfirman “Hambaku tahu dia mempunyai tuhan yang mengampuni dosa dan menghukumnya” lalu tuhannya berfirman lagi “Aku mengampuni dosa hambaku maka hendaklah dia melakukan menurut kehendaknya”.
(diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim)
Sabda Rasulullah S.A.W lagi:
“Demi tuhan yang diriku dalam genggamannya, seandai kamu tidak berdosa, nescaya Allah akan mematikan kamu kemudian Allah mendatangkan satu kaum yang melakukan dosa kemudian mereka memohon keampunan dari Allah lalu Allah mengampuni dosa mereka.
(diriwayatkan oleh Muslim)
Berfikirlah semua wahai manusia yang mempunyai akal yang waras, bertapa Allah menyayangi kita sehingga Allah amat ingin sekali manusia memohon keampunan dari Allah kerna dia ingin menunjukkan kesayangannya kepada hamba-hambanya.

Sehingga Rasulullah pernah bersabda:
“Allah amat suka apabila menerima taubat lebih daripada perasaan gembira kamu apabila mendapat kembali unta kamu setelah unta itu tadi hilang di tengah padang pasir yang luas”
(diriwayatkan oleh Bukhori)

Subhanallah, begitu sayangnya allah kepada kita tetapi kita manusia, hambanya sedikit sekali yang bersyukur dan berterima kasih di atas rahmat dan kasih sayang yang Allah berikan kepada kita.

mengapakah kita sebenarnya diciptakan oleh Allah? Adakah saja-saja sahaja? Adakah cuma untuk kita berusaha mencari kehidupan yang senang, tenang dan lenang sahaja? Atau adakah kita diciptakan demi untuk menguji dimanakah antara manusia-manusia yang telah dilambakkan dengan nikmat-nikmat ini akan bersyukur diatas nikmat yang telah diberikan kepadanya?. Dan apakah soalan semudah ini kita masih memerlukan suatu perbincangan maha besar untuk mencari jawapannya?. Atau masihkah lagi manusia itu dengan alasan demi alasan

Kita hanyalah hamba, yang selayaknya hanya menerima keperluan sahaja dari tuannya, tetapi tuan bagi manusia itu bukan sahaja bermurah hati memberikan pelbagai nikmat kepada hamba-hambanya, malah dia telah menunjukkan jalan keluar dari seksa, petunjuk dan jalan hidup manusia, skema jawapan yang hanya perlu diikuti, tetapi sedikit sekali manusia itu bersyukur. Sedikit sekali manusia yang melakukan sesuatu kerana tuhannya, malah sangat sedikit bilangan manusia yang mengingati tuhannya, bagaimana lagi kita hendak mengira bilangan manusia yang menyerahkan seluruh hidupnya kepada Allah S.W.T.

Renungan Bersama Melalui Tafsiran al-baqarah 1-5

بسم الله الرحمن الرحيم
(1)الم
(2) ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ
(3) الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
(4) وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالْآَخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ
(5) أُولَئِكَ عَلَى هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Maksud ayat :
Alif Lam Mim (1)

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa;(2)

Iaitu orang-orang Yang beriman kepada perkara-perkara Yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki Yang Kami berikan kepada mereka. (3)

Dan juga orang-orang Yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" Yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab Yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). (4)

Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya. (5)

Ringkasan penafsiran ayat.
Ayat 1
الـم - Ibnu Abbas mengatakan bahawa ia salah satu nama-nama Allah yang Agung dan merupakan kalimah sumpah Allah swt. Ibnu Abbas juga mengatakan Alif Lam Mim bermaksud Ana Allahu `Alam ( Aku Allah Maha Mengetahui). Sahabat-sahabat Nabi saw mengatakan Alif Lam Mim merupakan huruf-huruf yang digunakan daam pembukaan kitabullah dan semuanya berasal daripada ejaan hijaiyyah nama-nama Allah . Ada juga ulama-ulama yang tidak menafsir dan menakwil akan ayat ini dan dikalangan mereka juga mengatakan huruf-huruf ini menunjukkan rahsia-rahsia kemukjizatan al-Quran. Ada juga yang menafsirkan bahawa huruf ini membawa maksud kepada nama surah tersebut.

Ayat 2
Al-kitab yang dimaksudkan adalah Al-Quran yang telah diturunkan Allah swt kepada Muhammad Bin Abdullah melalui perantaraan malaikat Jibril a.s selama lebih daripada 22 tahun. Dijelaskan dalam ayat ini bahawa, Al-Quran benar-benar datangnya daripada Allah swt dan fungsinya sebagai memberi petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa. Ibnu Abbas, Murrah al-Hamdani dari Ibnu Mas`ud daripada beberapa orang sahabat Rasulullah saw mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan petunjuk itu ialah cahaya bagi orang-orang yang bertaqwa. Ibnu Abbas mengatakan, al-muttaqin itu bermaksud orang-orang mukmin yang sangat takut berbuat syirik kepada Allah dan sentiasa taat kepadaNya.

Ayat 3
Ayat ini menjelaskan bahawa tanda dan sifat orang yang beriman itu adalah membenarkan atau mempercayai perkara-perkara yang ghaib, mendirikan sembahyang yang difardhukan dengan khusyuk dan menunaikan rukun-rukunnya dan menafkahkan daripada rezeki halal yang dikurniakan Allah swt sama ada sebagai zakat, sedeqah atau sebagainya. Ulama-ulama menafsirkan bahawa yang dimaksudkan dengan perkara ghaib itu termasuklah para malaikat, syurga, neraka, rasul-rasulNya, kitab-kitabNya. Begitu juga mempercayai bahawa kita akan bertemu dengan Allah swt, begitu juga kehidupan selepas kematian dan hari kebangkitan setelah mati. Begitu juga perkara-perkara sam`iyat seperti arasy, kursi, lauh mahfuz, qalam, siratul muntaha dan makhluk-makhluk yang berada di langit.

Ayat 4
Ayat ini menjelaskan bahawa tanda dan sifat orang yang beriman itu juga adalah membenarkan atau mempercayai apa yang telah diturunkan Allah swt kepada Nabi Muhammad saw yakni wahyu agung atau al-Quran yang merupakan Kalamullah swt sebagai panduan bagi kehidupan manusia. Selain itu juga membenarkan apa yang turunkan Allah swt kepada para Rasul-rasul terdahulu seperti Taurat kepada Nabi Musa a.s, Zabur kepada Nabi Daus a.s., Injil kepada Nabi Isa a.s. Semua kitab-kitab itu benar-benar wahyu daripada Allah swt. Begitu juga sifat orang yang beriman ialah menyakini akan kedatangan hari akhirat atau juga disebut negara akhirat yang mana disanalah berlakunya perhimpunan seluruh makhluk-makhluk Allah swt.

Ayat 5
Ayat ini menjelaskan bahawa, barangsiapa yang telah beriman dengan apa yang disebut Allah swt mengenai perkara-perkara yang disebut pada ayat sebelum ini, maka merekalah orang-orang yang yang telah mendapat petunjuk daripada Allah swt. Kemudian Allah swt menjelaskan bahawa mereka ini adalah orang yang bakal mendapat syurga di akhirat kelak. Wa Allahu `Alam.

Friday, September 4, 2009

Pengalaman Merawat

(Ringkasan Cerita)

assalamua’laikum…sempena bulan ramadhan al-kareem tahun ini,memberi pengalaman pertama kepada saya merawat seorang pesakit (perempuan)yang terkena sihir di kediaman Kolej Ungku Omar –KUO-UPSI..alhamdulillah,kursus rawatan intensif anjuran Akademik Rawatan Islam Nur Ehsan(AKRINE) bersama ustaz Abdul Majid Hasan banyak memberi pendedah dan keyakinan kepada saya tentang kehebatan AL-Quran (dalam perubatan)….semoga Allah merahmati ustaz Abdul Majid

berbalik kepada cerita pesakit tadi,.Nani (bukan nama sebenar) telah lama menderita akibat di sihir..perbuatan yang menyalahi hukum lagi menyesatkan ini menberi tekanan kepada Nani untuk belajar di UPSI kerana sentiasa di ganggu oleh jin….Satu hari,pagi ramadhan selepas subuh saya menerima panggilan dari seorang Rakan Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah muslimat KUO,menyatakan Nani tiba-tiba menjerit dan meraung tanpa sebab ,boleh dikatakan satu blog perempuan dengar…saya cuba menbaca ayat rukyah menyebabkan Nani makin kuat menjerit,..setelah disuruh keluar,jin dalam badan Nani enggan keluar…sekali,saya paksa jin itu keluar,tapi gagal..saya mengambil langkah untuk merotan jin dalam badan dengan mengguna Teknik Rotan Objek(TRO) dan membaca surah Yasin Beramai-ramai…Alhamdulillah ,Allah izinkan Nani pulih untuk sementara….

Dua hari berikutnya ,saya cuba merawat balik sakit Nani akibat di sihir..langkah pertama,saya membaca rukyah kepada Nani,belum sempat umum kitab(al-fatihah) habis di baca Nani mula menangis..seterusnya saya membaca ayat-ayat sihir Nani bertindak agresif dan menjerit..saya cuba memujuk jin supaya bertenang dan meminta dia(jin) keluar dari badan Nani..keluar kerana ALLAH dan izin ALLAH…..setelah rundingan dibuat,saya mula menggunakan teknik tarik jin keluar menggunakan serban untuk mengeluarkan jin-jin pada Nani dan menghantar jin-jin tadi ke serambi madinah…tapi masih ada lagi yang berdegil tak mahu keluar..kali ni saya beri amaran terakhir kepada jin-jin yang degil tadi.sekira tidak mahu keluar,saya akan bertindak untuk sembelih jin-jin tadi..sekali lagi,saya tarik jin keluar dengan serban namun gagal untuk memaksa jin itu keluar..akhirnya saya terpaksa menggunakan teknik sembelih jin..Alhamdulillah,.dengan izin ALLAH YANG BERKUASA Nani kembali sihat dan gangguan sebelum ni sudah berakhir untuknya..Insyallah


nota:
teknik tarik jin keluar menggunakan serban
-sebelum menarik serban ,baca al-fatihah
-tarik serban perlahan-lahan sambil membaca selawat tafrijiah berulang kali
-berhenti menarik bila sampai di bahagian betis
-perawat menarik dengan tangan yang telah di bacakan AN-Namlu:30-31 dan niat menghantar ke tempat yang anda mahukan

teknik sembelih jin
-letakkan alat rawatan pada tengkuk pesakit
-baca ayat Al-Maidah:33-34
-lakukan penyembelihan dengan aksi seperti menyembelih sambil menyebut ALLAHU AKBAR 3 kali


*untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut mengenai teknik-teknik yang ada,anda bolehlah merujuk buku yang berjudul “Berdialog Dengan Jin” dari penulis Ustaz Abdul Majid Hassan

Friday, August 28, 2009

Mengesakan Perbuatan ALLAH…

terdetik di hati ini,untuk berkongsi perkara yang jarang sangat golongan muda Islam hari ini perbincangkan dan pelajari sedangkan perkara ini menjadi elemen yang begitu penting untuk diketahui..iaitu bagaimana untuk kita mengesakan akan segala perbuatan ALLAH…perkongsian ini saya merujuk kepada kitab Ad- Darun Nafis..sekiranya perkongsian saya ini ada yang tersasar dan menyalahi kebenaran,saya mohon maaf dan bagilah tunjuk ajar kepada saya yang daif ini.

Ketahuilah semua,sebenarnya kita tidak akan terlepas daripa da perkara-perkara yang berbahaya itu melainkan dengan memandang dan syuhud bahawa semua perbuatan yang berlaku di alam ini semuanya terbit daripada ALLAH Taala,sama ada perbuatan itu baik pada pandangan zahir dan hakikatnya seperti beriman dan taat ataupun jahat pada pandangan zahir dan tidak pada hakikatnay seperti kufur dan maksiat.Ini kerana kufur dan maksiat pada hakikatnya baik kerana terbit daripada yang baik iaitu daripada ALLAH Taala .tiap-tiap perkara yang terbit daripada ALLAH Taala pada hakikatnya adalah baik ,tetapi kedua-dua kejahatan itu cuma pada pandangan zahir kerana hukum syarak mencela perbuatan tersebut.

Dalil yang menunjukkan bahawa segala perbuatan daripada ALLAH Taala dan bukan dari yang lain sepertimana firman ALLAH Dalam Quran :

ertinya:”Allah Taala jua yang menjadikan kamu dan apa-apa yang kamu perbuat.”(Surah As-Saffat:96)

Menurut syeikh Muhammad bin Sulaiman al-Jazuli rahimahullah “bahawa tidak akan terbit perbuatan dan perkataan ,gerak dan diam ,pada seseorang hamba melainkan telah terdahulu pengetahuan itu pada ilmu ALLAH Taala iaitu qadha dan qadar.Firman ALLAH Taala:

ertinya:”Tiada engkau melempar ya Muhammad ketika engkau berusaha melempar,tetapi ALLAH Taala jua yang melempar ketika itu”(Surah Al-Anfal:17)

Apabila kita sentiasa mengekalkan syuhud dan pandangan kita bahawa semua perbuatan itu terbit daripada Allah Taala,dengan membiasakan sedikit demi sedikit sehingga tahkik di dalam hati.Apabila sudah tahkik dengan keadaan sedemikian maka jadilah kita golongan “musyahadah”….”Musyahadah” ertinya berpandangan iaitu tiada bercampur antara pandangan zahir kita dengan pandangan batin ,maka baharulah kita akan sampai kepada makam “wahdatul afaal”

Wahdatul afaal bermaksud mengesakan Allah Taala kepada semua perbuatan,iaitu menafikan segala perbuatan makhluk sama ada perbuatan dirinya atau lain pada perbuatan ALLAH Taala.Dalam semua akuan kita dilihat hanya ALLAH yang melakukan sama ada perbuatan itu baik atau sebaliknya.

Tetapi kita kena ingat!!! walaupun perbuatan itu hakikatnya terbit daripada ALLAH Taala ,kita janganlah terlepas pandang hukum dan peraturan syariat.Malah wajib kita melaksanakan segala apa yang diperintah oleh ALLAH Taala dan Rasulnya,dan wajib juga kita menjauhkan segala laranganNYA…Janganlah sekali-kali kita mengiktikad gugur taklif syarak.Kalau kita berbuat demikian maka kita akan menjadi kafir zindik…..nauzubillahimin zalik.

Thursday, August 27, 2009

bicara akidah...

Segala puji bagi ALLAH Tuhan semesta alam,yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,yang menguasai hari pembalasan. Selawat dan salam semoga sentiasa dilimpahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan kepada keluarga serta para sahabatnya.

Sesungguhnya ilmu tauhid adalah ilmu mengenal ALLAH SWT ,iaitu ilmu iman yang sahih, yang menyampaikan seorang hamba ALLAH untuk mencapai reda-NYA di dunia dan akhirat,yang dapat mewujudkan kebahagiaan keyakinan hati dan jiwa untuk diri.

ilmu tauhid adalah ilmu keIslaman yang paling kuat kerana ia merupakan dasar dan pegangan akidah seorang muslim.Pegangan harus kuat dan menyakinkan ,jauh dari pengaruh-pengaruh filsafat yang menyerang sebahagian pemahaman-pemahaman ulama tauhid dan yang mengalahkan akidah-akidah kebanyakkan kaum muslimin..

Dalam tauhid ada ungkapan “Awaluddin Marifattullah”,yakni yang pertama sekali ditekankan dalam beragama adalah mengenal ALLAH..Tidak ada gunanya banyak mengabdi dan mendampingkan diri kepada ALLAH kalau kita tidak mengenalNYA..Mengenal ALLAH adalah dengan cara mengetahui sifat-sifatNYA sama ada yang wajib,mustahil dan harus.

Akidah Islam adalah akidah fitrah yang benar,akidah al-Quran yang jauh dari sebarang penafsiran yang tidak benar.Akidah yang mampu membina pandangan umum bagi seorang muslim pada agama dan kehidupan melalui metod yang benar dan bijaksana ,terpelihara dan dapat difahami….

Akan tetapi di mana ulama Islam sekarang yang mampu menjadikan akidah ini menjadi akidah kehidupan,akidah yang membangun ,maju,beradap dan merata,akidah kebangkitan ,yang tinggi,mulia dan terhormat???????

Sesungguhnya rukun-rukun iman dan kaedah-kaedah akidah adalah rukun-rukun fitrah dan kaedah mantiqi yang benar,bukan akidah buruk dan bukan pula akidah yang rumit dan kacau.Akidah ini harus difahami oleh setiap orang ,akidah yang perlu diyakini dan dikukuhkan pada hati seorang muslim sehingga dia dapat menyandang gelaran “mukmin” di sisi ALLAH SWT.

Banyak penulis-penulis Islam yang terpengaruh ,yang menukil dan mengikuti pendapat orang lain.Oleh kerana itu seorang muslim harus berwaspada ,dia mesti memerlukan waktu tidak sedikit untuk memperkayakan diri dengan akidah al-Quran ,lalu diiikuti oleh salafus soleh.