Friday, April 8, 2011

Lafaz sakinah...

Salam ukhuwah. Saya mohon maaf kerana tidak mampu menyambung artikel yang terdahulu. Jadi, saya gantikan dengan kisah Lafaz sakinah. Selamat membaca… Lafaz sakinah… Nur seorang muslimah yang sentiasa menjadi impian muslimin. Dia pun tidak tahu apa yang menyebabkan mereka berkenan dengannya. Sampai suatu ketika, dia takut untuk keluar daripada rumah kerana khuatir jika terserempak dengan mana-mana muslimin. Nur menjadi kesayangan ustaz dan tok guru di pondok. Bukan kerana kecantikannya tapi kerana minatnya dalam ilmu agama. Setiap masa cutinya dihabiskan dengan mengaji di pondok kerna dia tahu dengan ilmu dia kenal siapa Pencipta. Dengan ilmu jua , dia merasai cinta hakiki. Dia yakin bahawa jika dia memberi sepenuhnya cinta kepada pemilik hakiki, pastinya Allah membantu meletakkan cinta kepada pemilik sejati. Suatu ketika, semasa dia di pondok, dia mempunyai perasaan pada seseorang lelaki. Dia tidak mengerti mengapa boleh wujud sedangkan muslimin itupun dia tidak kenal. Perkenalan mereka hanya di blog. Cuma hanya perkara penting perihal agama, baru dia email atau YM dengan lelaki tersebut. Demi menjaga ‘hati’ lelaki tersebut yang menghafal dan sentiasa meniti di bibir ayat Allah, dia menyamar menggunakan nama lelaki diblog. Lelaki itu tidak tahu sehingga boleh ‘terkantoi’ nama email. Ya, Nur terlupa bahawa emailnya menggunakan nama perempuan. Perasaan yang hadir ketika di pondok begitu menimbulkan persoalan pada dirinya. Ntah mengapa perasaan itu hadir. Setiap waktu ketika menjumpa dengan ‘kekasih hati’ di malam hari tatkala sahabat lain dibuai mimpi, Nur mengadu akan perasaannya. Dia istiqoroh perasaan yang hadir kerna dia khuatir jika perasaan itu hanya mainan syaitan semata-mata. Pada keesokan harinya, tok guru menghantar mesej kepadanya bertanya perihal jodoh. Malu rasa dihati kerana sepanjang di pondok, Nur hanya bertanya perihal ilmu tauhid dan tasawuf. Agak janggal jika bertanya tentang jodoh. Lantas, dia bertanya akan tok gurunya tentang perasaannya.


“Ustaz, ana ada berkenan dengan seorang muslimin ni. Macam mana ye ustaz? Dia tidak kenal ana”, soal Nur pada tok guru yang sangat disayanginya.


“Berdoalah pada Allah. Minta sungguh-sungguh pada Allah. InsyaAllah, hati yang ikhlas, Allah akan bantu”, jawab ustaz dengan ringkas.


Selepas saat itu, Nur bersungguh-sungguh minta pada Allah. Sentiasa dalam doanya,


“Ya Allah, telah aku jatuh cinta pada seorang lelaki bernama Ahmad. Namun, aku khuatir jika perasaan ini hanya mainan syaitan semata-mata. Tunjukkan aku jalan yang lurus. Sesungguhnya hanya Engkau Maha Mengetahui siapa aku. Jika dia yang telah Engkau ciptakan untukku, makanya ya Allah, permudahkan urusanku. Jika dia bukan untukku, jauhkan dia dan hilangkan perasaanku terhadapnya. Hanya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku. Namun, izinkan aku mencintaiMu lebih daripada segala-galanya kerna Engkau pemilik cinta yang hakiki”.

Nantikan sambungannya…

Saturday, April 2, 2011

Thursday, March 31, 2011

Al-Fatihah..

Salam ukhuwah. Sudah lama saya tidak menge'pos'. Bukan kerana malas, namun, kesibukan dalam berpraktikum di Sekolah Men Kebangsaan Dato' Zulkifli Muhammad, Slimriver, Perak. Namun, jika diucapkan kesibukan, pastinya ada yang membalas, " semut pun sibuk jugak". Terdetik nak buka blog ni. Sementara nak menunggu azan subuh berkumandang, terfikir pula untuk berkongsi sesuatu. Syukran jazilan diucapkan kepada 'wani' dalam cbox saya. Semangat pula bila adik sudi membaca perkongsian cikgu. Pada cuti sekolah yang lalu, saya pulang ke rumah di Negeri Sembilan. Mak ada memberitahu bahawa rakan seguru atuk , Haji Ahmad telah menyahut seruan Illahi. Terkejut aku mendengarnya dan tanpa ku sedari air mata ku menitis kerinduan. Haji Ahmad merupakan rakan atuk dalam tarekat. Dengan beliau lah aku belajar tafsir dan adab berzikir. Namun, disebabkan penyakit yang dihadapi oleh beliau, beliau tidak lagi mengajar. Arwah atuk pun ada cakap yang percakapannya makin kurang difahami disebabkan penyakit yang dihadapi. Teringat aku akan wajahnya yang bercahaya semasa beliau menziarah arwah atuk. Ku kira jarak perpisahan hidup mereka tidak jauh. Kini, kedua-dua orang yang aku sayangi pergi meninggalkan aku. Sebenarnya aku berhajat untuk membawa bakal teman hidupku untuk berjumpa dengan beliau bagi meminta nasihat selepas kami diakad nikahkan. Namun, barangkali bukan rezeki. Aku memaklumkan pada ustaz Yusri, seorang ustaz yang aku rapat dan kami pernah berhajat untuk berjumpa dengan Haji Ahmad kerana ustaz mahu mengambil sanad kitab karangan Sheikh Haji Ahmad yang ku dimaklumkan wali Allah pada zaman dahulu. Kerana aku cukup mengenali Haji Ahmad, ustaz meminta aku membantu untuk berjumpa dengan beliau. Nampaknya, ustaz juga tidak berpeluang mengambil sanad. Apa pun, pastinya ada yang terbaik. Ingin ku kongsikan sedikit pesanan. Salah satu pengubat hati adalah melalui menjadikan orang alim sebagai rakan. WaAllahu a'lam..AlFatihah untuk arwah atuk dan Haji Ahmad. Moga mereka ditempatkan bersama hambaNya yang beriman. Moga zikir yang mereka ajarkan kepadaku, dapat dijadikan bekalan untuk ke akhirat serta mereka juga mendapat 'saham'Nya pada setiap kali ku amalkan. Amin. Jam menunjukkan 6.21 pagi. Minta undur diri kerna ingin bersiap solat dan ke sekolah..Wassalam.

Sunday, January 30, 2011

Tibanya ajal...

Salam ukhuwah..terlalu lama rasanya saya tidak update blog. Semangat makin kurang dalam perjuangan penulisan. Hakikatnya, kita sebagai pejuang Islam tidak sepatutnya lemah. Pada hari ini, saya dikejutkan dengan berita kematian ayah seorang sahabat karib sewaktu di sekolah dahulu. Teringat saya akan kematian atuk dan seorang sahabat di universiti. Bilalah pula ajal saya? Jangan ditakuti mati kerana mati adalah fitrah, yang perlu ditakuti adalah keadaan masa kita mati. Mudah2an kita mati dalam memperjuangkan Islam. Amin..

Berdasarkan kitab yang pernah saya belajar, malaikat akan lihat muka kita 50 kali setiap hari untuk mencabut nyawa. Bayangkan jika kita diberi peluang oleh Allah untuk melihat malaikat tersebut, pastinya kita takut untuk melakukan kejahatan.

Diriwayatkan di dalam hadith bahawasanya Allah S.W.T menyuruh akan Jibril a.s kepada Malik untuk mengambil sedikit api daripada neraka untuk kegunaan nabi Adam a.s di bumi. Pada mulanya, Jibril meminta api sekadar buah kurma namun Malik menolak kerana jika diberi, nescaya hancur tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Maka, malaikat meminta sekadar saiz biji kurma, lalu malik menolak kerana jika diberi nescaya hujan tidak akan turun dan tanah menjadi kering kontang, tiada tumbuhan akan hidup. Maka Allah berfirman, "Ambillah olehmu sekadar zarah daripadanya".

Maka mengambil Jibril daripadanya kadar zarah dan diselam akan dia di dalam sungai tujuh puluh kali kemudian datang dengan dia kepada nabi adam a.s maka dihantar akan dia atas bukit yang tinggi maka hancur demikian bukit itu. Kemudian dikembalikan api itu kepada tempatnya dan tinggal asapnya pada sekalian batu dan besi hingga sekarang ini maka api yang adanya daripada asap yang satu zarah itu.. Apa yang ingin saya bawakan adalah, kita ambil iktibar daripada kisah ini. Bagaimana panasnya api neraka. Yang satu zarah tu pun boleh membakar seluruh kawasan kampung, inikan pula api neraka yang lebih dahsyat.

"Jangan dirisau akan banyak atau kurangnya beramal, apa yang perlu dirisau adalah diterima atau tidak amalan itu". Maka, berusahalah kita untuk memastikan amalan kita diterima Allah. Jangan buat sesuatu amalan sambil lewa dan dalam masa yang sama usahakan untuk menambah amalan. Berjumpalah atau minta doa daripada orang alim. Saban hari, semakin ramai ulamak dan orang alim akan 'pergi'. Maka, dengan masa yang berbaki ini, ayuhlah kita perbaiki diri!! yang lepas biarkan berlalu pergi. Mudah2an , Allah mengampuni dan menyimpan keaiban kita semasa di padang mahsyar nanti. "Selamat Beramal".

Thursday, January 6, 2011

Duhai muslimatku syg..2

Erm..macam-macam jawapan. Syukran kerana sudi merespon. Ada yang respon minta diberi penghormatan kepada raja dan ada yang kata buat tak tahu je. Erm..suami adalah raja dalam rumah tangga. Pangkatnya lebih tinggi daripada raja yang berketurunan.Hal ini disebabkan oleh Allah perintahkan si isteri memberi ketaatan sepenuhnya kepada si suami selagi permintaan suami itu tidak menyalahi syara'. Si isteri tidak dibenarkan bertentangan mata dengan suami melainkan dengan perasaan kasih sayang, harus tunduk bila lalu di hadapannya, sentiasa bermanis muka dan sebagainya. Namun, inilah perkara yang terlalu sukar untuk dilakukan. Duhai muslimatku sayang...Naluri ingin berkasih sayang sangat tinggi. Ingin bercinta dengan suami lepas saat akad nikah dan sebagainya. Masing-masing menyimpan seribu impian bersama orang tersayang. Namun, sedarlah kalian, hakikat yang berlaku..Begitu mudah untuk menjadi perempuan solehah namun, begitu sukar untuk menjadi isteri solehah. Contohnya mudah. Si suami dan isteri memang bergiat aktif dalam berpersatuan. Memperjuangkan Islam tercinta. Namun, si suami sibuk bekerja. Si isteri pula nak pulang ke kampung halaman. Lalu, suami tidak beri keizinan. Si isteri diam dan bermasam muka. Layanan kepada suaminya seperti biasa namun, tiada senyuman dibibirnya untuk si suami...Dalam hal ini, si isteri sudah tergolong dalam perempuan derhaka selagi mana dia tidak kembali berubah baik kepada suami.

Begitu sukar untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri namun, berusahalah untuk menjadi isteri solehah...

Saturday, January 1, 2011

Duhai muslimatku syg..

Saya nak tanya sidang pembaca, kalu kita berhadapan dengan raja (pemerintah) apa yang perlu kita buat? Buat bodoh ke, atau tanya 'awak ni raja ke?' atau bagaimana? Jemput-jemput la untuk merespon.

Friday, December 31, 2010

Kagumnya..

Salam ukhuwah...pada kali ini, ingin saya ceritakan perihal pengalaman saya sewaktu di pondok. Jika ingin menikmati keselesaan dalam menuntut ilmu, pondok yang saya pergi kali ini bukanlah menjadi pilihan. Mana tidaknya, masalah bekalan air yang berlaku di pondok. Namun, ujian yang diberikan oleh sang Pencipta membuatkan saat indah tinggal di pondok. Dalam pemikiran kita, pastinya kehidupan miskin yang dialami oleh tenaga pengajar di pondok, namun, hakikatnya berbeza. Mereka hidup bahagia. Tidak perlu memikirkan perihal hutang sana sini. Terkejut saya apabila mendengar salah seorang ustaz di sana menyebut," kalau ada rm150 tu, cukup untuk menampung hidup sebulan". MasyaAllah. Itu la kehidupan. Keberkatan dalam hidup.
Suatu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan. Ada lebih kurang lima ekor ikan haruan yang cukup besar dalam kolah untuk kami bersuci dan ambil wuduk. Terkejut saya untuk kali pertamanya tatkala melihat ikan. Biasanya saya tengok ikan haruan dalam kolam kat luar rumah. Mula-mula nak guna air tu, memang geli. Namun, hari berganti hari..Ikan haruan tu menjadi peneman dikala keseorangan dalam bilik air..bila air tak keluar daripada paip, air kolah makin cetek sebab kami guna..dalam hatiku berkata", hehe..mesti ikan ni berdebar-debar..barangkali ada ikan yang lemah jantung. Mana tidaknya, dekat 11 orang yang guna air kolah". Ada skali tu, umi (zaujah mudir) buang pelesit dalam kolah tu. Masa tu saya plak tengah cuci muka sebelum naik tidur..menjerit la saya..dah la saya kabur pandangan (masa tu tak pakai spec), tapi masa umi buang tu, memang macam ku kenal haiwan tu walau rupanya kurang jelas di mata ku..waduh-waduh..sabar je la.
Kebanyakan penduduk di sekitar pondok adalah berketurunan jawa. Bahasa itu indah. Bahasa jiwa bangsa. Seronok dengar mereka cakap jawa. Lepas habis kelas, tak pun sebelum nak tidur, mula la saya cakap jawa," dingomongnya krok-krok". Saya pun tak faham apa yang saya cakapkan. Tapi macam best je bunyinya. Tu yang duk diulang-ulang. Ntah-ntah takde perkataan tu dalam kamus dewan jawa..hehe..Paling kelakar masa saya masuk pertandingan mengayam ketupat. Bukan tau pun. Skit-skit buleh la. Tu pun masuk atas permintaan umi (zaujah mudir). Sebab nak jaga hati die, saya pun main redah je. Bila pandang kiri kanan, waduh-waduh..ramai yang dah 'pencen'..macam mana nak menang ni..ingatkan lawan budak enam tahun..buleh la juara..mak cik-makcik ni duk sembang dalam jawa. Pekat plak tu. Saya senyum je..Macam aku di planet lain je. Kalu tak silap, masih di bumi..hehee..
Itulah sebahagian pengalaman yang dapat saya ceritakan. Sebuah mutiara pengalaman yang tidak dapat dibeli. Moga ia tersemat sebagai sebuah kenangan indah. Terima kasih buat ustaz-ustaz dan umi yang sudi mengajar kami akan ilmu agama. Moga Allah membalas jasa kalian dengan keberkatan hidup...Amin..