Bismillah

Thursday, July 29, 2010

“Tunggu ku di pintu syurga”

Setiap insan pastinya mengimpikan pasangan yang terbaik dalam hidup mereka. Jodoh di dunia adalah tidak sama dengan jodoh di akhirat. Jika si suami dan isteri masuk syurga, makanya, isterinya adalah penghulu bidadari bagi suami. Jika hanya suami atau isteri sahaja yang masuk syurga, Allah sudah sediakan pasangan di syurga. Jika saya tersilap, sila betulkan ya. Maklumlah, maklumat ini saya dapat ketika mengaji kitab di pondok. Khuatir jika saya tersalah faham. Apa pun yang pasti, perempuan yang solehah mengharapkan suami yang soleh, yang mana mampu untuk membimbing si isteri ke arah mentaati Allah. Ciri-ciri kesempurnaan pastinya dicari. Yang ada rupa, berilmu agama, bersifat kepimpinan. Apabila melihat kepada kesempurnaan, makanya, kekurangan yang dilihat selepas alam berumah tangga pastinya tidak dapat diterima. Oleh yang demikian, persediaan untuk menerima segala kekurangan pasangan perlulah dilakukan. Teringat saya akan nasihat daripada bonda tercinta, “ Kalau kak ngah mencari yang hensem, pastinya lelaki tu akan melihat pada rupa paras kak ngah. Kalau kak ngah melihat lelaki tu pada agamanya, dia juga akan melihat pada agama kak ngah.” Pesan kak senior upsi suatu masa dulu, “ Wani, carilah lelaki yang beragama, kerana lelaki yang beragama secara automatik mempunyai wajah yang sedap mata memandang. Itu kelebihan yang Allah berikan”.
Dalam mencari yang sempurna, terkadang kita terlepas pandang akan kekurangan yang ada pada diri sendiri. Rasa kelakar di hati saya apabila memikirkan suatu keadaan. Begini ceritanya , ada dua orang muslimat yang sama baik agamanya. Seorang sudah bersedia untuk berumah tangga manakala seorang lagi belum bersedia. Namun, berderet muslimin merisik muslimah yang belum bersedia itu. Hanya yang bersedia setia menanti muslimin yang ingin merisiknya. Geram juga di hati saya. Pada saya, pastinya rupa paras menjadi tumpuan. Kononnya ingin menjaga keturunan. Macam lah muka tu hensem sangat. Duhai kaum Adam, diri kalian begitu berbeza dengan kaum Hawa. Sehingga saya kurang memahami perangai sebenar kaum Adam. Pada kaum Adam, sedap mata memandang membawa erti ‘cantik’. Namun, pada kaum Hawa, sedap mata memandang itu ‘sekadar pada mata yang melihat’. Apa-apa pun, ana hormati keputusan masing-masing. Moga kalian membuat pilihan yang terbaik.

Bertemu kembali

Sudah lama tangan ini tidak menaip di blog. Bukan malas, tapi sibuk dengan tugasan. Maklumlah detik-detik sem akhir ni, makin bertambah sibuk. Tambahan pula, badan yang kurang sihat, membantutkan semangat. Alhamdulillah, berkat doa kalian dan nasihat yang diberikan, saya semakin sihat. Badan pun rasa ringan. Cuma, ujian lain pula datang. Agak memeranjatkan beberapa pelajar yang menginap di luar kolej saya meminta pertolongan untuk ‘tengokkan’ rumah dan merawat. Kesian dan serba salah semuanya ada. Ada hikmahnya Allah tempatkan saya sebilik dengan adik yang mempunyai kelebihan melihat makhluk halus. Jadi, saya tidak perlu merawat. Sekadar menyuruh adik tu tengokkan ‘benda’ tu. Secara tidak langsung dapat juga saya berdakwah. Maklumlah, bila rasa takut ada di hati, semua nasihat diperlukan.

Friday, July 16, 2010

Merawat dan Dirawat

Salam ukhuwah..Kehidupan sebagai pengamal perubatan rawatan islam sangat mencabar. Sekali melangkah ke hadapan, sukar untukku berpatah balik. Sekian lama aku tinggalkan untuk merawat, kini aku pula terpaksa dirawat. Ramai permintaan daripada muslimat tidak kurang juga muslimin minta aku 'scan' mereka. Sehingga suatu masa tu, banyak nama ku dapat untuk discan. Rupa-rupanya mereka adalah kalangan guru dan pelajar sekolah. Senior di UPSI meminta bantuan ku sewaktu mereka berpraktikum. Dulu aku bertenaga dan masih diberi kekuatan dalaman. Namun, kini, badan semakin lemah. Hanya scan seorang, aku dah rasa letih sangat. Sem ni, Allah takdirkan aku sebilik dengan adik yang cukup ku sayang, Nani (bukan nama sebenar). Nani mempunyai kelebihan untuk melihat makhluk alam ghaib. Kadang-kadang dia, kadang-kadang benda lain yang ambil alih tubuhnya. Aku seakan biasa dengan keadaan begini. Ustaz Zul, atukku, Ustaz Yusri acap kali menyuruh aku tinggalkan rawatan islam. Mereka khuatir akan aku sebagai muslimat. Namun, kerana dek kesian, ku turutkan juga permintaan sahabat-sahabat. Kini, proses aku pulihkan diri. Jika ada pelajar yang agresif, baru aku merawat. Tu pun sekadar bacaan yang biasa diamal. Teringat aku akan pesanan ustaz yang mengajar aku akan rawatan islam," Baca je apa-apa, minta Allah ilhamkan apa kaedah untuk merawat, namun, hubungan dengan Allah, kene kuat". Ada juga ustz lain yang turut mengajarku menyuruh aku bangun 4 pagi mandi. Niatkan air yang mengalir ke tubuh, membawa segala penyakit zahir dan batin keluar dari badan. Kalian boleh mengamalkannya. Kini, proses aku merawat diri sendiri. Aku tinggalkan merawat kerana janjiku pada seseorang. Menurut kata Nani, ada orang hantar sihir. Ini disebabkan aku penah merawat pelajar yang disihir. Mungkin, penyihir tu marah aku rawat. Sudah aku tahu, dari dulu, memang sihir banyak dihantar ke badanku, cuma belum berupaya masuk ke badan. Tidak tahu apa keadaan badanku, Moga Allah lindungi aku dari iblis, jin dan syaitan. Sakit memang sakit. Badanku lemah. Rasa dicucuk-cucuk dan badan berbisa. Sudah ku minta ustz untuk merawat namun jawapan negatif. Ustaz suruh aku rawat sendiri. Bak kata ustz " Ana yakin, wani kuat".huhu..jawapan begitu menyebabkan aku malas minta mana-mana ustz rawatku.

Ana mengharapkan doa kalian. Moga ana diberi kekuatan dan kesabaran yang tinggi...

Monday, July 5, 2010

Sabarlah hati..

"Wani, tolong jadi guru ganti. Awak masuk Kelas 1 Wardah", pinta Cikgu Ashikin, sahabatku dari UKM yang masih dalam praktikum.
" Ganti siapa? Berapa lama?" soalku.
" Ganti Ustazah Zanariah. Dia cuti hari ni. Daripada jam 8.10 hingga 8.50 pagi", jawab Shikin.
"Ok. InsyaAllah. Bereh je",kataku.

Kelas agak bising. Mana tidaknya, pelajar daripada pelbagai kelas dicampurkan sekali. Banyakla ragamnya.

"Tidak boleh jadi ni. Kalu dibiarkan, bahaya jugak. Kelas sebelah bangunan pejabat. Abis la aku", aku bermonolog.

Aku meminta pelajar yang duduk di belakang kelas berkumpul ke hadapan supaya suaraku didengari semua. Syukurlah, mereka mendengar kata.

Aku : Ok kelas, kalau saya bercakap, awak pun bercakap, siapa ye yang nak dengar?
Pelajar : Hantu, cikgu!

Aku tersenyum panjang. Dalam hati, sabar je la. Aku sentiasa berdoa moga diberikan kesabaran yang tinggi. Aku khuatir, jika ada perasaan marah dalam hati kerana nasihatku pastinya akan dicampuri nafsu amarah bukan berdasarkan ilmu.

Aku : Awak ni, tak perlulah cakap bab hantu ke, jin ke, saya pun tahu jugak ilmu jin ni.
Pelajar (sambil menunjukkan jarinya kepada ku : Cikgu, keluarkan hantu daripada
jari saya!!

Waduh2!! Gawat ni. Sabar je la. Main2 pulak die. Namun, aku tidak menyalahkan mereka. Pengaruh televisyen dalam kalangan pelajar sangat kuat. Hal ini mengingatkan aku akan Ustaz Zul, Ketua Dewan Ulamak Pas Melaka, merangkap mudir pondok Baitul Qurra' wal ilmi, pernah menceritakan bahawa ada ulamak ( ana lupa namanya) bagitahu Ustaz Zul bahawa jika mahu membina pondok, pastikan tiada televisyen di pondok.

Aku : Ok kelas, beritahu saya, Siapa Allah?
Pelajar : Tuhan, Maha Pengasih, Maha Penyayang (Pelbagai jawapan yang diberikan.

Aku mengiyakan sahaja. Menghargai semua jawapan.

Aku : Ok, macam mana nak dekatkan diri kita dengan Allah?
Pelajar : Solat! Mengaji ! Pergi haji bagi yang berkemampuan! Bersedekah!

Alhamdulillah. Lega hatiku. Paling kurang, mereka tahu cara-cara mendekatkan diri dengan Sang Pencipta. Ok, sudah tiba masanya untuk aku mulakan rancanganku ( korek rahsia pelajar akan solat mereka).

Aku : Ok, sekarang ni, jujur dengan cikgu, siapa yang tidak solat subuh pagi tadi?

Anggaranku seramai 24 daripada 28 orang yang tidak solat subuh (termasuk pelajar muslimat yang uzur syar'ie.. Mungkin paling kurang dalam 20 orang yang tidak solat.

Aku : Kenapa tak solat subuh?
Pelajar : Cikgu, kami tidur lewat sebab tengok bola.( Jawapan pelajar hampir sama)

Aku faham, sekarang ni musim bola. Ada dalam kalangan guru pelatih juga suka memasang lagu tema bola dalam kelas mereka.

Aku : Tadi awak cakap, cara kita mendekatkan diri kita dengan Allah melalui solat. Jadi, sekarang ni awak sendiri tidak solat. Macam mana kita nak dekatkan diri kita dengan Allah? Mana lebih penting, solat atau tengok bola?

Pelajarku senyap seketika. Masing-masing tunduk. Kelas menjadi sunyi. Sengaja ku biarkan mereka begitu supaya mereka berfikir sendiri akan kesilapan mereka.
"Ya Allah, Engkaulah pemegang hati-hati anak muridku ini. Kau lembutkanlah hati mereka agar mereka mentaati perintah Mu. Amin" doaku dalam hati sambil senyum melihat wajah mereka.


Aku : Ok, soalan terakhir, cikgu nak tahu, siapa yang solat cukup 5 waktu sehari semalam?

Pada penglihatanku, hanya seorang sahaja pelajar yang mengangkat tangan. Jadi, 1 daripada 28 pelajar yang solat cukup waktu.

Hal ini menunjukkan, guru perlu berdakwah kepada pelajarnya. Teringat aku akan soalan yang diberikan oleh sahabiah seperjuangan " Wani, apa matlamat awak bekerja? Kalau suami awak suruh duduk rumah, tidak perlu bekerja macam mana?"

Jawabku, " Minta izin dengan suami. Pandai-pandai la pujuk dia supaya bagi keizinan. Sebab niat kita bekerja yang sebenarnya adalah untuk berdakwah. Yang kedua baru membantu suami daripada segi nafkah. Peranan kita penting sebab seorang guru mampu mematikan 7 generasi sedangkan seorang doktor hanya dilihat pada zahirnya mematikan 1 nyawa jika masing-masing tidak menjalankan peranan yang sepatutnya. Memanglah dakwah yang pertama adalah untuk anak-anak, namun, keadaan sekarang, sekularisma berleluasa menyebabkan keperluan kita membimbing anak murid mentauhidkan Allah."

Semakin terasa berat tanggungjawab seorang cikgu...