Friday, December 31, 2010

Kagumnya..

Salam ukhuwah...pada kali ini, ingin saya ceritakan perihal pengalaman saya sewaktu di pondok. Jika ingin menikmati keselesaan dalam menuntut ilmu, pondok yang saya pergi kali ini bukanlah menjadi pilihan. Mana tidaknya, masalah bekalan air yang berlaku di pondok. Namun, ujian yang diberikan oleh sang Pencipta membuatkan saat indah tinggal di pondok. Dalam pemikiran kita, pastinya kehidupan miskin yang dialami oleh tenaga pengajar di pondok, namun, hakikatnya berbeza. Mereka hidup bahagia. Tidak perlu memikirkan perihal hutang sana sini. Terkejut saya apabila mendengar salah seorang ustaz di sana menyebut," kalau ada rm150 tu, cukup untuk menampung hidup sebulan". MasyaAllah. Itu la kehidupan. Keberkatan dalam hidup.
Suatu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan. Ada lebih kurang lima ekor ikan haruan yang cukup besar dalam kolah untuk kami bersuci dan ambil wuduk. Terkejut saya untuk kali pertamanya tatkala melihat ikan. Biasanya saya tengok ikan haruan dalam kolam kat luar rumah. Mula-mula nak guna air tu, memang geli. Namun, hari berganti hari..Ikan haruan tu menjadi peneman dikala keseorangan dalam bilik air..bila air tak keluar daripada paip, air kolah makin cetek sebab kami guna..dalam hatiku berkata", hehe..mesti ikan ni berdebar-debar..barangkali ada ikan yang lemah jantung. Mana tidaknya, dekat 11 orang yang guna air kolah". Ada skali tu, umi (zaujah mudir) buang pelesit dalam kolah tu. Masa tu saya plak tengah cuci muka sebelum naik tidur..menjerit la saya..dah la saya kabur pandangan (masa tu tak pakai spec), tapi masa umi buang tu, memang macam ku kenal haiwan tu walau rupanya kurang jelas di mata ku..waduh-waduh..sabar je la.
Kebanyakan penduduk di sekitar pondok adalah berketurunan jawa. Bahasa itu indah. Bahasa jiwa bangsa. Seronok dengar mereka cakap jawa. Lepas habis kelas, tak pun sebelum nak tidur, mula la saya cakap jawa," dingomongnya krok-krok". Saya pun tak faham apa yang saya cakapkan. Tapi macam best je bunyinya. Tu yang duk diulang-ulang. Ntah-ntah takde perkataan tu dalam kamus dewan jawa..hehe..Paling kelakar masa saya masuk pertandingan mengayam ketupat. Bukan tau pun. Skit-skit buleh la. Tu pun masuk atas permintaan umi (zaujah mudir). Sebab nak jaga hati die, saya pun main redah je. Bila pandang kiri kanan, waduh-waduh..ramai yang dah 'pencen'..macam mana nak menang ni..ingatkan lawan budak enam tahun..buleh la juara..mak cik-makcik ni duk sembang dalam jawa. Pekat plak tu. Saya senyum je..Macam aku di planet lain je. Kalu tak silap, masih di bumi..hehee..
Itulah sebahagian pengalaman yang dapat saya ceritakan. Sebuah mutiara pengalaman yang tidak dapat dibeli. Moga ia tersemat sebagai sebuah kenangan indah. Terima kasih buat ustaz-ustaz dan umi yang sudi mengajar kami akan ilmu agama. Moga Allah membalas jasa kalian dengan keberkatan hidup...Amin..

2 comments:

  1. Rindu ngan wajah kiut anak ustaz Sahar... Hehe

    ReplyDelete
  2. sama la..huhu..tggu anak cikg siha la ye?hehe

    ReplyDelete