Bismillah

Saturday, November 27, 2010

Awasi niatmu..

Alhamdulillah..dengan izin Allah, dapat juga saya untuk berkongsi walau sibuk dengan 'perang kertas'. Mudah-mudahan kita dapat mengambil iktibar daripada kisah yang ingin saya kongsikan.

"Kak Wani, saya nak jumpa sekejap", kata Siti

"InsyaAllah, boleh", kataku.

Seorang adik yang menyapaku untuk berbincang dengan sesuatu. Pada kebiasaannya, selepas aku solat di surau, adik-adik akan datang untuk berjumpa berbincang perihal agama.

"Kak, saya nak banyak buat amal. Nak banyak zikir. Hari tu, akak saya dimasuki jin. Jin tu cakap "cucu-cucuku kurang zikir ya sekarang".

"Jadi, saya rasa tercabar. Tu yang buat saya nak banyak zikir", kata Siti

Aku sekadar senyum.

Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah, dalam kita beribadat kepada Allah, jagalah niatmu. Ikhlas hati, niat untuk Allah semata-mata. Dengan berzikir, ruang-ruang untuk jin syaitan masuk dalam tubuh, insyaAllah akan ditutup. Mintalah perlindungan Allah. Lagi satu, cuba kalian lihat pada perkataan 'cucu-cucuku'. Renung perkataan itu. Sejak bila kita menjadi cucu jin? Bukankah kita cucu cicit Nabi Adam a.s..???? Manusia adalah khalifah yang Allah lantik di muka bumi. Bukan jin. Sanggupkah kalian mengaku sebagai cucu jin? Hati-hati dengan tipu daya jin dan syaitan.

"Tidak aku mampu memenuhi setiap syariatMu dalam hidup seharianku, makanya, ampunilah daku, Ya Rabbi".

Monday, November 15, 2010

Penatnya...

"Wani, ana nak minta undur diri dari terlibat dengan persatuan", kata Siti.
"Awat? Enti bagi sebab pada ana, kenapa nak undur diri", balasku.
"Banyak kerja la. Ana tak dapat fokus pada pelajaran. Asyik sibuk dengan gerak kerja. Meeting sana, meeting sini", jawab Siti.
" Enti fikir baik-baik. Enti sudah berbaiah dengan Allah sejak dari alam roh lagi", tegasku.

Siti tunduk ke bumi. Begitulah kehidupan jika terlibat dengan persatuan. Bukan mudah. Jika alasan yang diberi kerana sibuk, saya fikir, semut pun sibuk jugak. Ulat gonggok yang lalu barangkali berada dalam kerisauan mencari anak. Semua sibuk.

"Who fail to plan, he plans to fail"...seseorang itu jika gagal untuk merancang, sebenarnya dia telah merancang untuk gagal.
Bersyukur kerana Allah telah memilih untuk sibuk dalam perjuangan. Berapa ramai yang sibuk dan leka dengan keduniaan? Cemburu diri ini tatkala melihat sahabat sibuk ke sana, sibuk ke sini. Terlibat dengan gerak kerja. Segala-galanya untuk Islam. Hari-hariku di kampus makin sampai ke penghujung. Sentiasa otak ini ligat berfikir, adakah aku akan aktif di luar sana? Istiqamahkah aku bila sampai di medan sebenar? Kampus sekadar medan latihan. Sayu melihat air muka sahabat sahabiah yang akan aku tinggalkan. Bila la agaknya akan bersua. Menitis air mata. Menangis aku bila keseorangan. Maklumlah, egoku memang tinggi. Jarang menangis di hadapan sahabat andai. Teringat aku semasa di alam PLKN. Seorang kawan Cina berkata kepada ku, "Kenapa wani tak menangis? Wani tak sedih berpisah dengan saya ke?"

Aku hanya senyum. Kami berpeluk walau berbeza agama. Dalam hatiku, hanya Allah sahaja yang tahu. Perjuangan bukan mudah, ia perit dan pahit. Namun, ia manis dengan ukhuwah...

"Jangan duduk di jalan perjuangan andai takut untuk berkorban"

Sunday, November 7, 2010

Kemanisan ujian

Setiap manusia akan diuji Allah dalam setiap masa. Pernah sewaktu aku di pondok, seorang muslimah bertanya soalan kepada ustaz.

"Ustaz, kenapa ana rasa ana tidak diuji? Sebab ana tak de masalah, ikhtilat antara lelaki ana jaga, ana tak de masalah hati, kesulitan dalam hidup pun tak de".

Ingin je hati ini untuk menjawab soalan muslimah tu selaku wakil ustaz..maklumlah, kadang2 dalam kelas, jika ada pertanyaan, ustz tanya aku akan jawapannya. Namun, bijak dan nakal juga aku. Bila aku dengar soalan yang tidak mampu dijawab, aku akan gerakkan tangan dan pura-pura menulis. Padahal kertas tu kosong. Mudah-mudahan zuriatku tidak sebegitu..;)

Ustaz tersenyum sambil menjawab. " Saat ketika anti rasa tidak diuji, itulah nama ujian. Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk. Saat senang, susah dan sebagainya."

Apa yang penting, setiap individu muslim perlu tabah dan sabar dalam menghadapi ujian. Mengadulah pada Sang Pencipta kerna tidak akan Allah uji jika dia tidak mampu menghadapiNya. Adalah mustahil bagi akal, jika Allah bertindak zalim pada hambaNya. Segalanya adalah kasih sayang Allah. Pernah seorang muslimah datang berjumpa aku di bilik.

"Wani ada cakap apa-apa tak masa kat surau dengan akak?" soal 'hafizoh'.

"Erm..tak de plak kak. Cuma saya tanya kenapa mata akak bengkak. sebab tidur lewat ke". jawab ku.

"Takde la. cumanya, kak ada mimpi Wani. Wani suruh akak bangun malam dan mengadulah sepenuhnya pada Allah."

Erm..dalam hatiku pelik juga. Maklumlah, diri ini terlalu banyak kelemahan dan kesalahan yang dilakukan. Mudah-mudahan Kau ampuni diriku ya Allah. amin...

Setiap ujian itu adalah untuk menilai hambaNya. Pernah aku diaju soalan "kenapa saya sering diuji kak wani?"

Mudah jawapanku " Jutaan dan berbilion manusia yang Allah lalaikan, adik pula yang Allah beri ujian kerana nak tingkatkan iman adik, bukankah ia kasih sayang Allah?"

Pandanglah sesuatu yang terjadi itu dengan kasih sayang Allah. InsyaAllah, pasti jiwa akan merasa tenang. "Jagalah Allah, pasti Allah menjaga mu".