Friday, December 31, 2010

Kagumnya..

Salam ukhuwah...pada kali ini, ingin saya ceritakan perihal pengalaman saya sewaktu di pondok. Jika ingin menikmati keselesaan dalam menuntut ilmu, pondok yang saya pergi kali ini bukanlah menjadi pilihan. Mana tidaknya, masalah bekalan air yang berlaku di pondok. Namun, ujian yang diberikan oleh sang Pencipta membuatkan saat indah tinggal di pondok. Dalam pemikiran kita, pastinya kehidupan miskin yang dialami oleh tenaga pengajar di pondok, namun, hakikatnya berbeza. Mereka hidup bahagia. Tidak perlu memikirkan perihal hutang sana sini. Terkejut saya apabila mendengar salah seorang ustaz di sana menyebut," kalau ada rm150 tu, cukup untuk menampung hidup sebulan". MasyaAllah. Itu la kehidupan. Keberkatan dalam hidup.
Suatu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan. Ada lebih kurang lima ekor ikan haruan yang cukup besar dalam kolah untuk kami bersuci dan ambil wuduk. Terkejut saya untuk kali pertamanya tatkala melihat ikan. Biasanya saya tengok ikan haruan dalam kolam kat luar rumah. Mula-mula nak guna air tu, memang geli. Namun, hari berganti hari..Ikan haruan tu menjadi peneman dikala keseorangan dalam bilik air..bila air tak keluar daripada paip, air kolah makin cetek sebab kami guna..dalam hatiku berkata", hehe..mesti ikan ni berdebar-debar..barangkali ada ikan yang lemah jantung. Mana tidaknya, dekat 11 orang yang guna air kolah". Ada skali tu, umi (zaujah mudir) buang pelesit dalam kolah tu. Masa tu saya plak tengah cuci muka sebelum naik tidur..menjerit la saya..dah la saya kabur pandangan (masa tu tak pakai spec), tapi masa umi buang tu, memang macam ku kenal haiwan tu walau rupanya kurang jelas di mata ku..waduh-waduh..sabar je la.
Kebanyakan penduduk di sekitar pondok adalah berketurunan jawa. Bahasa itu indah. Bahasa jiwa bangsa. Seronok dengar mereka cakap jawa. Lepas habis kelas, tak pun sebelum nak tidur, mula la saya cakap jawa," dingomongnya krok-krok". Saya pun tak faham apa yang saya cakapkan. Tapi macam best je bunyinya. Tu yang duk diulang-ulang. Ntah-ntah takde perkataan tu dalam kamus dewan jawa..hehe..Paling kelakar masa saya masuk pertandingan mengayam ketupat. Bukan tau pun. Skit-skit buleh la. Tu pun masuk atas permintaan umi (zaujah mudir). Sebab nak jaga hati die, saya pun main redah je. Bila pandang kiri kanan, waduh-waduh..ramai yang dah 'pencen'..macam mana nak menang ni..ingatkan lawan budak enam tahun..buleh la juara..mak cik-makcik ni duk sembang dalam jawa. Pekat plak tu. Saya senyum je..Macam aku di planet lain je. Kalu tak silap, masih di bumi..hehee..
Itulah sebahagian pengalaman yang dapat saya ceritakan. Sebuah mutiara pengalaman yang tidak dapat dibeli. Moga ia tersemat sebagai sebuah kenangan indah. Terima kasih buat ustaz-ustaz dan umi yang sudi mengajar kami akan ilmu agama. Moga Allah membalas jasa kalian dengan keberkatan hidup...Amin..

Sunday, December 26, 2010

Kita serasi..

Salam ukhuwah. Sudah begitu lama saya tidak mengepost artikel di ruangan blog. Hal ini kerana kekangan masa yang tidak mengizinkan saya untuk mengepost. .Selamat membaca..
Tempoh pertunangan merupakan tempoh untuk mengenali pasangan anda. Semasa saya di pondok (bukan main pondok-pondok seperti zaman kanak-kanak mahupun pondok menunggu musim durian), ada orang kata, jika nak tahu sama ada orang itu serasi atau tidak, kita kene lihat bilangan adik beradik.

Anak pertama : Tanah
Anak kedua : Air (membawa maksud ketenangan)
Anak ketiga : Api (Membawa maksud mudah marah, sensitif)
Anak keempat : Angin
Anak kelima : Tanah
Anak keenam : Air
Anak ketujuh : Api
Anak kelapan : Angin

Dan seterusnya..
Jika pasangan anak kedua dan keenam, makanya, dari segi kata orang tua, insyaAllah, serasi sebab dua-dua air. Saling mendamaikan dan menenangkan. Jika api dengan api, pasangan tu kene buat persediaan mental dan fizikal kerana kemarahan boleh menjadi semakin marak jika salah seorang pasangan tidak ingin mengalah. Jika api dengan angin pula, si angin perlu lebih tolak ansur daripada si api atau jika si api marak, si angin perlu mengalah. Jika angin dan api sama-sama besar , kebakaran akan makin marak makanya bahaya untuk alam rumah tangga. Namun, jika sudah dilihat pada tanah, angin, api dan air akan hal keadaan pasangan anda, jika masih berlaku masalah dalam rumah tangga, jangan disesali. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri…