Tuesday, June 22, 2010

Sambgn: Fahamilah perasaanku..

"Daniel, saya dah tinggalkan Hakim", kata Siti.
"Baguslah..tu yang terbaik..jom, kita pegi makan", ajak Daniel.
"Berdua je ka?"soal Siti.
"Yelah, dah tu, awak nak ajak sapa lagi? Nanti tak ada privacy la", kata Daniel.
"Ish..mana boleh macam ni. Masa dengan Hakim dulu, adik yang teman aku pegi makan dengan dia, tu pun Hakim yang minta..Keluar plak tu bukan saja-saja, atas sebab nak bincang hal keluarga sebelum berkahwin. Lain macam je si Daniel ni..Tak macam Hakim",Siti bermonolog dalam hatinya.

Semakin hari semakin Siti sedar akan kesilapan yang telah dilakukan. Dia sudah boleh menilai mana yang kaca, mana yang permata. Desus hatinya kuat mengatakan, bahawa dia masih sayangkan Hakim. Namun, kesilapan yang dilakukan menyebabkan dia malu dengan diri sendiri.

"Daniel, sampai sini je lah hubungan kita. Saya harap awak faham. Perasaanku masih kuat pada Hakim", kata Siti.

"Siti, tergamak awak permainkan perasaan saya? Takpe. aku boleh cari perempuan yang lebih cantik dan sporting daripada kau", kata Daniel.

"Ya Allah, kasarnya bahasa dia, ada hikmahnya aku minta putus", Siti bermonolog dalam hati.

Masa kian berlari pantas. Kini, hampir setahun hubungan Hakim putus dengan Siti.

"Siti, bila nak kahwin", soal Mak Ngah.

"Nantilah mak ngah, Siti muda lagi", ringkas Siti.

Saban hari Siti cuba untuk berubah. Dikuatkan azamnya untuk menjadi wanita solehah. Bersyukur di hatinya kerna Allah masih sayangkan dia. Masih memberi ruang dan peluang untuk bertaubat. Terlalu banyak dosa noda yang telah dilakukannya. Setiap malam dia menunggu untuk bertahajud. Rindu rasanya bertemu dengan Sang Pencipta.

"Ya Allah, hambaMu ini masih menyayangi Hakim. Kuatkan aku ya Allah. Izinkan aku menyintaiMu melebihi segalanya. Telah terlalu banyak dosa yang aku lakukan. Hadirkan sifat kehambaan pada diriku, ya Allah. Jangan Engkau biarkan aku lemah serta pimpinlah aku ke jalan yang Engkau redhai. Ya Allah, jika Hakim yang telah Engkau ciptakan untuk ku menyempurnakan agamaku, makanya ya Allah, Kau satukanlah kami di jalan yang Engkau redhai. Amin.."doa Siti.

"Mak, boleh tak mak tolong risikkan Abang Hakim??"

No comments:

Post a Comment