Wednesday, June 9, 2010

Mabuk Cinta Halal??

" Zu, awak tidak mesej atau telefon tunang awak ke? Peliknya, dah bertunang tapi jarang berhubung", kata Maya.
" Saya impikan cinta halal", jawab Zu ringkas.
"Apa maksud awak?" kata Maya.
" Cinta halal ini adalah cinta selepas kahwin. Kita tidak perlu risau atau ada rasa was-was dalam perhubungan. Hubungan sudah halal. Apa-apa boleh buat. Mahu keluar 'dating', erm..buat la..itu yang saya impikan", jawab Zu.

Indahkan alam percintaan selepas kahwin? Tiada kegusaran, keraguan ketika saat mengecapi kebahagiaan. Walaupun perkahwinan itu ibaratkan suatu tanggungjawab besar yang perlu dipikul, namun, bahagia mengiring tiba. Takut dan bimbang rasa hati ini tatkala melihat anak-anak muda makin lalai dengan arus dunia. Masing-masing leka dan minta kebebasan. Saat ini remaja mengalami konflik personaliti. Ramai anak muda yang terlibat dengan kancah penzinaan. Hal ini disebabkan kurangnya didikan agama yang diberikan. Jika dibimbing dengan baik, makanya, hasilnya akan bermutu. Adalah menjadi suatu tanggungjawab yang besar buat pendidik. InsyaAllah, ana juga akan bergelar seorang guru suatu hari nanti. Terlalu berat rasa tanggungjawab yang bakal dipikul. Suatu amanah yang besar. Bilangan guru yang semakin ramai namun, semakin ramai pula pelajar yang bermasalah. Di manakah silapnya? Berapa ramai dalam kalangan guru yang berusaha untuk membawa anak muridnya mengenal Sang Pencipta? Sentiasa ana muhasabah diri ini kerna terlalu banyak persiapan yang belum dibuat sebelum bergelar guru. Semoga kita bukan sekadar murabbi tetapi berusaha untuk menjadi MURABBITUN kerna murabbitun adalah murabbi tetapi bukan semua murabbi adalah murabbitun.

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete