Friday, July 16, 2010

Merawat dan Dirawat

Salam ukhuwah..Kehidupan sebagai pengamal perubatan rawatan islam sangat mencabar. Sekali melangkah ke hadapan, sukar untukku berpatah balik. Sekian lama aku tinggalkan untuk merawat, kini aku pula terpaksa dirawat. Ramai permintaan daripada muslimat tidak kurang juga muslimin minta aku 'scan' mereka. Sehingga suatu masa tu, banyak nama ku dapat untuk discan. Rupa-rupanya mereka adalah kalangan guru dan pelajar sekolah. Senior di UPSI meminta bantuan ku sewaktu mereka berpraktikum. Dulu aku bertenaga dan masih diberi kekuatan dalaman. Namun, kini, badan semakin lemah. Hanya scan seorang, aku dah rasa letih sangat. Sem ni, Allah takdirkan aku sebilik dengan adik yang cukup ku sayang, Nani (bukan nama sebenar). Nani mempunyai kelebihan untuk melihat makhluk alam ghaib. Kadang-kadang dia, kadang-kadang benda lain yang ambil alih tubuhnya. Aku seakan biasa dengan keadaan begini. Ustaz Zul, atukku, Ustaz Yusri acap kali menyuruh aku tinggalkan rawatan islam. Mereka khuatir akan aku sebagai muslimat. Namun, kerana dek kesian, ku turutkan juga permintaan sahabat-sahabat. Kini, proses aku pulihkan diri. Jika ada pelajar yang agresif, baru aku merawat. Tu pun sekadar bacaan yang biasa diamal. Teringat aku akan pesanan ustaz yang mengajar aku akan rawatan islam," Baca je apa-apa, minta Allah ilhamkan apa kaedah untuk merawat, namun, hubungan dengan Allah, kene kuat". Ada juga ustz lain yang turut mengajarku menyuruh aku bangun 4 pagi mandi. Niatkan air yang mengalir ke tubuh, membawa segala penyakit zahir dan batin keluar dari badan. Kalian boleh mengamalkannya. Kini, proses aku merawat diri sendiri. Aku tinggalkan merawat kerana janjiku pada seseorang. Menurut kata Nani, ada orang hantar sihir. Ini disebabkan aku penah merawat pelajar yang disihir. Mungkin, penyihir tu marah aku rawat. Sudah aku tahu, dari dulu, memang sihir banyak dihantar ke badanku, cuma belum berupaya masuk ke badan. Tidak tahu apa keadaan badanku, Moga Allah lindungi aku dari iblis, jin dan syaitan. Sakit memang sakit. Badanku lemah. Rasa dicucuk-cucuk dan badan berbisa. Sudah ku minta ustz untuk merawat namun jawapan negatif. Ustaz suruh aku rawat sendiri. Bak kata ustz " Ana yakin, wani kuat".huhu..jawapan begitu menyebabkan aku malas minta mana-mana ustz rawatku.

Ana mengharapkan doa kalian. Moga ana diberi kekuatan dan kesabaran yang tinggi...

4 comments:

  1. salam..kak...insyaAllah...adk sntiasa doakn akak...

    ReplyDelete
  2. wani, sy xtau pn wani cm ni..
    maaf ek x tanya n dh lama x bc blog ni
    sy doakan wani cepat2 baik.InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. adakalanya cerita itu menjadi rahsia dengan ALLAH...

    ujian itu datang untuk 'menapis' diri kita. Jika kita diuji, barulah kita tahu bagaimana rasanya.

    Insya ALLAH... akak yakin adik boleh. Kuatkan amalan... untuk mandi fajar tu, alhamdulillah memang berkesan. Ada pertambahan lagi, selepas adik merawat diri adik, akak nasihatkan adik buat mandian. Guna yassin. lepas tu guna limau purut. kuat sikit. Insya ALLAH...

    sekadar perkongsian ilmu... semoga menjadi orang yang sabar....

    ReplyDelete