Friday, August 13, 2010

Solat tahajud dari sudut perubatan

Ada teori mengatakan manusia perlu tidur dalam enam hingga lapan jam sehari. Namun, terdapat pendapat lain yang mengatakan manusia hanya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja. Keperluan tidur hanyalah untuk merehatkan badan dan minda kerana sudah penat ‘bekerja’. Tidur yang banyak boleh melemahkan sistem tersebut bagi jangka masa panjang. Saya ada terbaca satu artikel dalam sebuah majalah yang mengatakan kualiti tidur akan terganggu pada musim Ramadhan. Hal ini disebabkan oleh muslim itu bangun sahur. Saya sama sekali tidak setuju dengan kenyataan artikel tersebut. Lantas, saya melihat siapa pengarang artikel itu. Geram dan sedih rasa di hati tatkala orang melayu juga penulisnya. Yakinlah bahawa telah Allah janjikan keberkatan dalam bersahur.

Nabi berkata,

“Makanlah sahur kerana sesungguhnya pada sahur itu ada berkat”.
(Riwayat Bukhari)

Ingin saya nasihatkan kepada sidang pembaca bahawa apabila membaca mana-mana bahan bacaan, diharapkan kalian membaca dengan ilmu. Maksud saya, elakkan percaya seratus peratus terutama artikel daripada majalah. Buat rujukan terhadap mana-mana ustaz atau sumber yang lebih faqeh dalam sesuatu bidang itu. Selain itu, melalui adanya waktu berbuka dan bersahur, masa akan lebih teratur. Ada pendapat yang mengatakan bahawa Allah ada mencipta udara yang khas untuk sistem badan kita. Jika dijadikan amalan, insyaAllah, kita dapat mengelakkan diri daripada sebarang penyakit. Udara tersebut sekitar jam tiga pagi hingga terbit matahari. Kadang-kala kita telah setkan minda kita bahawa jika kita bangun awal, kita akan rasa mengantuk. Melalui pengalaman saya, sepanjang terlibat dengan gerak kerja dakwah, tidur yang sekitar dua hingga tiga jam sudah cukup untuk membaikpulih tenaga. Semasa saya di pondok juga, ada kalanya kami mengaji kitab sampai jam 12 lebih malam atau satu pagi. Hal disebabkan oleh kesibukan mudir sebagai ketua dewan ulamak. Beliau menjadi rujukan masyarakat. Selepas habis masa ngaji, saya buka ‘kitab’ sebelum tidur. Maklumlah, seakan menjadi penambah perisa sebelum tidur dibuai mimpi indah. Kitab yang dimaksudkan, macam biasalah, bab munakahat (perkahwinan). Habis ‘kitab’ tu, masuk pula ‘kitab’ lain sehingga menjadi kebiasaan tidur sekitar 2 lebih hingga 3 lebih pagi. Apa yang menariknya, walaupun tidur lewat, namun, semangat bangun malam tetap ada. Automatik dalam jam 4 atau 5 pagi bangun. Pernah juga saya mimpi sekilas muka mudir, lantas terus terjaga. Bila tengok jam, baru jam 4 atau 4.30 pagi rupanya. Begitu kuat aura mudir. Apabila saya rasa lemah, iman makin kurang, saya berhubung dengan mudir atau ustaz yang saya rapat. Mudir ada pesan tatkala saya bertanya bagaimana jika mahu bangun malam walaupun tidur agak lewat. Jawapan mudir begitu menyenangkan hati. Katanya, jika wani benar-benar ikhlas, insyaAllah, wani akan terjaga juga walau tidur lewat. Niat dan pesan dalam hati, ‘Aku nak bangun tahajud’. Orang tua ada pesan, tepuk bantal dahulu sebelum tidur, mudah-mudahan mudah bangun. WaAllahu a’lam.

No comments:

Post a Comment