Bismillah

Monday, June 28, 2010

Terharu..

Salam ukhuwah..
Hari ni adalah hari keenam ana di sekolah. Hubungan antara ana dengan pelajar semakin erat. Mana taknya, suatu ketika, beberapa orang pelajar nampak ana, mereka ingatkan ana akan masuk ke kelas mereka, jadi nampak riak muka mereka tergambar akan kegembiraan. Namun, ana sekadar lalu kerana mahu ke kelas lain. Mereka jadi hampa. Kasihannya. Ada sebilangan pelajar lelaki memanggil ana "cikgu" dari tingkat atas sambil melambai tangan membuatkan ana rasa terharu. Untuk pengetahuan kalian, mereka adalah antara kelas akhir di tingkatan satu. Namun, penghormatan yang mereka berikan buat ana rasa sayang hendak meninggalkan sekolah. Hal ini adalah berbeza dengan sebilangan guru yang lain. Mereka rasa kurang selesa masuk ke kelas akhir. Namun, ia tidak boleh menyalahkan guru seratus peratus. Namun, di sini ingin ana jelaskan kepada rakan seperjuangan ana di medan pendidikan, "ketahuilah olehmu akan kefahaman yang mana ia adalah rezeki daripada Allah." Makanya, banyakkanlah bersabar dan doakan untuk anak muridmu. Seorang ustazah merangkap pendakwah bebas di sekolah tersebut ada berkongsi ilmu tentang bagaimana cara bilamana kita berkata walaupun perlahan, anak murid atau anak2 akan mendengar. Katanya, " Menurut Sheikh Ali Haddad, banyakkanlah membaca Al-Quran jika mahu percakapan menjadi bisa serta orang mahu mendengar akannya".

Ana ada menjadi guru pengganti untuk kelas tingkatan 1 yang dikenali sebagai kelas pandai. Kene ajar 2 masa di makmal. Dari jam 11.50 hingga 1.10. Suatu tempoh yang agak lama bagi diri ana yang kurang persiapan. Mana taknya, awal pagi selepas perhimpunan selesai, baru ana dimaklumkan ana diminta untuk jadi guru ganti. Ana pun ambil peluang untuk dapatkan pengalaman selain menjadi prasyarat Rancangan Orientasi Sekolah (ROS). Sebelum kelas bermula, ana jadi gelisah, mouse komputer rosak, laptop pula dalam bilik guru. Rakan ana dari UKM pula tak dapat send file untuk ana mengajar. Jadi, nak tak nak, ana harus memikirkan cara lain untuk mengajar. Alhamdulillah, persiapan yang sekejap di bilik guru, ana gunakan untuk tempoh pengajaran dan pembelajaran (P&P).
"Cikgu, tengok mereka, mereka buat Ching menangis", mengadu seorang pelajar perempuan India pada ana. Dalam hati ana "Waduh-waduh, ujian apa plak ni, takpe2, sabar".
Dengan wajah senyuman, ana ke belakang untuk melihat apa yang terjadi. Hendak ditegur pelajar yang membuli tu, ana khuatir mereka malu. Jadi, ana cuba cari kesalahan lain untuk menegur.
"Erm. Cikgu nak tengok kuku awak. Panjangnya..nanti potong". Tegas ana
Alhamdulillah, mereka senyum. Kemudian, ana ke meja pelajar yang dibuli tadi serta tanya akan keadaannya (teknik memujuk). Alhamdulillah, ana mampu mengawal kelas. "Kecil-kecil cili padi", kata ibuku selepas ana menceritakan pengalaman di sekolah. Sebelum ana mula mengajar, ana akan membuat peraturan dalam kelas. Bila ana kata " Perhatian!" pelajar perlu angkat tangan kanan serta tangan kiri menutup mulut. Jika mereka lambat untuk berbuat begitu, mereka akan didenda. Dendaan adalah suatu yang ditakuti oleh pelajar. Kelakar rasanya. Namun, ana berbuat sedemikian supaya pelajar sentiasa memberi perhatian. Jauh di sudut hati ana, ana tidak mahu mendenda mereka. Di akhir pengajaran, ana mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Itu adalah tanda penghargaan yang ana berikan buat pelajar. Selepas semua pelajar beredar dan masuk ke kelas mereka semula, 3 orang pelajar perempuan India menemui ana untuk bergambar bersama. Terharu ana. Penghormatan yang diberikan buat ana semakin sayu untuk meninggalkan mereka. Moga mereka diberikan hidayah. Amin..
'Sayangi yang muda, hormati yang tua'

Tuesday, June 22, 2010

Welcome back!!

Salam ukhuwah..ana mohon maaf atas kelewatan untuk update blog. Ana nak menceritakan sedikit pengalaman sepanjang 2 hari ana menjalani Rancangan Orientasi Sekolah (ROS). ROS adalah bermula 21 Jun hingga 2 Julai 2010 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Syed Idrus, Tampin, N.Sembilan..Antara sekolah yang amat ana rindukan. Sepanjang tempoh ini, ana rasa letih sangat. Namun, bilamana melihat wajah suci guru-guruku yang pernah mendidikku, menyebabkan ana hilang rasa letih, timbul rasa semangat. Masih ingat ana ketika di alam persekolahan. Ustazah, cikgu ramai yang masih ingat ana. Gembira tak terkata. "Guru setia menanti, anak murid silih berganti". Suatu ungkapan yang sayu bila memikirkannya. Kenakalan pelajar, hanya Allah sahaja yang tahu. Pernah suatu ketika, ana diminta untuk jadi guru ganti kelas hujung. Berdebar juga rasa di hati. Mana tidaknya, keadaan kelas yang berserabut, baju budak lelaki yang tak kemas, pelajar yang tidur, pelajar india yang borak di luar kelas adalah keadaan yang begitu mencabar kewibaaan ana. Lantas, sebelum masuk ke kelas, ana berzikir dan berdoa moga Allah lembutkan hati mereka dan dipermudahkan urusan.
Alhamdulillah, mereka mendengar kata walaupun dikatakan pelajar nakal. Semua pelajar masuk dalam kelas. Lantas, ana ke belakang kelas untuk berborak. Saja nak kenal mereka. Pelajar India pun beramah mesra dengan ana walaupun ana bertudung labuh.Pada ana, pelajar yang nakal, pastinya perlukan perhatian. Keadaan kelas jadi terkawal walaupun bising. Ana tak kisah, janji semua ada dalam kelas. Lebih elok dari mereka bergaduh di luar atau ponteng. Mereka adalah suatu amanah. Jika apa2 terjadi pada mereka semasa ana bertugas dalam kelas, ana lah akan bertanggungjawab. Begitu sukar untuk menjadi guru. Ramai guru berbangga bila anak murid takut dan gerun dengan diri mereka.Namun, ana tidak minta untuk ditakuti, cukuplah sekadar dihormati.

Sambgn: Fahamilah perasaanku..

"Daniel, saya dah tinggalkan Hakim", kata Siti.
"Baguslah..tu yang terbaik..jom, kita pegi makan", ajak Daniel.
"Berdua je ka?"soal Siti.
"Yelah, dah tu, awak nak ajak sapa lagi? Nanti tak ada privacy la", kata Daniel.
"Ish..mana boleh macam ni. Masa dengan Hakim dulu, adik yang teman aku pegi makan dengan dia, tu pun Hakim yang minta..Keluar plak tu bukan saja-saja, atas sebab nak bincang hal keluarga sebelum berkahwin. Lain macam je si Daniel ni..Tak macam Hakim",Siti bermonolog dalam hatinya.

Semakin hari semakin Siti sedar akan kesilapan yang telah dilakukan. Dia sudah boleh menilai mana yang kaca, mana yang permata. Desus hatinya kuat mengatakan, bahawa dia masih sayangkan Hakim. Namun, kesilapan yang dilakukan menyebabkan dia malu dengan diri sendiri.

"Daniel, sampai sini je lah hubungan kita. Saya harap awak faham. Perasaanku masih kuat pada Hakim", kata Siti.

"Siti, tergamak awak permainkan perasaan saya? Takpe. aku boleh cari perempuan yang lebih cantik dan sporting daripada kau", kata Daniel.

"Ya Allah, kasarnya bahasa dia, ada hikmahnya aku minta putus", Siti bermonolog dalam hati.

Masa kian berlari pantas. Kini, hampir setahun hubungan Hakim putus dengan Siti.

"Siti, bila nak kahwin", soal Mak Ngah.

"Nantilah mak ngah, Siti muda lagi", ringkas Siti.

Saban hari Siti cuba untuk berubah. Dikuatkan azamnya untuk menjadi wanita solehah. Bersyukur di hatinya kerna Allah masih sayangkan dia. Masih memberi ruang dan peluang untuk bertaubat. Terlalu banyak dosa noda yang telah dilakukannya. Setiap malam dia menunggu untuk bertahajud. Rindu rasanya bertemu dengan Sang Pencipta.

"Ya Allah, hambaMu ini masih menyayangi Hakim. Kuatkan aku ya Allah. Izinkan aku menyintaiMu melebihi segalanya. Telah terlalu banyak dosa yang aku lakukan. Hadirkan sifat kehambaan pada diriku, ya Allah. Jangan Engkau biarkan aku lemah serta pimpinlah aku ke jalan yang Engkau redhai. Ya Allah, jika Hakim yang telah Engkau ciptakan untuk ku menyempurnakan agamaku, makanya ya Allah, Kau satukanlah kami di jalan yang Engkau redhai. Amin.."doa Siti.

"Mak, boleh tak mak tolong risikkan Abang Hakim??"

Wednesday, June 9, 2010

Mabuk Cinta Halal??

" Zu, awak tidak mesej atau telefon tunang awak ke? Peliknya, dah bertunang tapi jarang berhubung", kata Maya.
" Saya impikan cinta halal", jawab Zu ringkas.
"Apa maksud awak?" kata Maya.
" Cinta halal ini adalah cinta selepas kahwin. Kita tidak perlu risau atau ada rasa was-was dalam perhubungan. Hubungan sudah halal. Apa-apa boleh buat. Mahu keluar 'dating', erm..buat la..itu yang saya impikan", jawab Zu.

Indahkan alam percintaan selepas kahwin? Tiada kegusaran, keraguan ketika saat mengecapi kebahagiaan. Walaupun perkahwinan itu ibaratkan suatu tanggungjawab besar yang perlu dipikul, namun, bahagia mengiring tiba. Takut dan bimbang rasa hati ini tatkala melihat anak-anak muda makin lalai dengan arus dunia. Masing-masing leka dan minta kebebasan. Saat ini remaja mengalami konflik personaliti. Ramai anak muda yang terlibat dengan kancah penzinaan. Hal ini disebabkan kurangnya didikan agama yang diberikan. Jika dibimbing dengan baik, makanya, hasilnya akan bermutu. Adalah menjadi suatu tanggungjawab yang besar buat pendidik. InsyaAllah, ana juga akan bergelar seorang guru suatu hari nanti. Terlalu berat rasa tanggungjawab yang bakal dipikul. Suatu amanah yang besar. Bilangan guru yang semakin ramai namun, semakin ramai pula pelajar yang bermasalah. Di manakah silapnya? Berapa ramai dalam kalangan guru yang berusaha untuk membawa anak muridnya mengenal Sang Pencipta? Sentiasa ana muhasabah diri ini kerna terlalu banyak persiapan yang belum dibuat sebelum bergelar guru. Semoga kita bukan sekadar murabbi tetapi berusaha untuk menjadi MURABBITUN kerna murabbitun adalah murabbi tetapi bukan semua murabbi adalah murabbitun.