Bismillah

Thursday, March 31, 2011

Al-Fatihah..

Salam ukhuwah. Sudah lama saya tidak menge'pos'. Bukan kerana malas, namun, kesibukan dalam berpraktikum di Sekolah Men Kebangsaan Dato' Zulkifli Muhammad, Slimriver, Perak. Namun, jika diucapkan kesibukan, pastinya ada yang membalas, " semut pun sibuk jugak". Terdetik nak buka blog ni. Sementara nak menunggu azan subuh berkumandang, terfikir pula untuk berkongsi sesuatu. Syukran jazilan diucapkan kepada 'wani' dalam cbox saya. Semangat pula bila adik sudi membaca perkongsian cikgu. Pada cuti sekolah yang lalu, saya pulang ke rumah di Negeri Sembilan. Mak ada memberitahu bahawa rakan seguru atuk , Haji Ahmad telah menyahut seruan Illahi. Terkejut aku mendengarnya dan tanpa ku sedari air mata ku menitis kerinduan. Haji Ahmad merupakan rakan atuk dalam tarekat. Dengan beliau lah aku belajar tafsir dan adab berzikir. Namun, disebabkan penyakit yang dihadapi oleh beliau, beliau tidak lagi mengajar. Arwah atuk pun ada cakap yang percakapannya makin kurang difahami disebabkan penyakit yang dihadapi. Teringat aku akan wajahnya yang bercahaya semasa beliau menziarah arwah atuk. Ku kira jarak perpisahan hidup mereka tidak jauh. Kini, kedua-dua orang yang aku sayangi pergi meninggalkan aku. Sebenarnya aku berhajat untuk membawa bakal teman hidupku untuk berjumpa dengan beliau bagi meminta nasihat selepas kami diakad nikahkan. Namun, barangkali bukan rezeki. Aku memaklumkan pada ustaz Yusri, seorang ustaz yang aku rapat dan kami pernah berhajat untuk berjumpa dengan Haji Ahmad kerana ustaz mahu mengambil sanad kitab karangan Sheikh Haji Ahmad yang ku dimaklumkan wali Allah pada zaman dahulu. Kerana aku cukup mengenali Haji Ahmad, ustaz meminta aku membantu untuk berjumpa dengan beliau. Nampaknya, ustaz juga tidak berpeluang mengambil sanad. Apa pun, pastinya ada yang terbaik. Ingin ku kongsikan sedikit pesanan. Salah satu pengubat hati adalah melalui menjadikan orang alim sebagai rakan. WaAllahu a'lam..AlFatihah untuk arwah atuk dan Haji Ahmad. Moga mereka ditempatkan bersama hambaNya yang beriman. Moga zikir yang mereka ajarkan kepadaku, dapat dijadikan bekalan untuk ke akhirat serta mereka juga mendapat 'saham'Nya pada setiap kali ku amalkan. Amin. Jam menunjukkan 6.21 pagi. Minta undur diri kerna ingin bersiap solat dan ke sekolah..Wassalam.

1 comment:

  1. Salam'alaikum.. Akak apa khabar? Erm.. sedih siha baca pos akak ni. tapi, benar kata akak. salah satu pengubat hati adalah sentiasa berada bersama orang alim. huhu... rindu juga kat arwah atuk yang pergi pada zaman 70an dulu. Al Fatihah

    ReplyDelete