Friday, August 28, 2009

Mengesakan Perbuatan ALLAH…

terdetik di hati ini,untuk berkongsi perkara yang jarang sangat golongan muda Islam hari ini perbincangkan dan pelajari sedangkan perkara ini menjadi elemen yang begitu penting untuk diketahui..iaitu bagaimana untuk kita mengesakan akan segala perbuatan ALLAH…perkongsian ini saya merujuk kepada kitab Ad- Darun Nafis..sekiranya perkongsian saya ini ada yang tersasar dan menyalahi kebenaran,saya mohon maaf dan bagilah tunjuk ajar kepada saya yang daif ini.

Ketahuilah semua,sebenarnya kita tidak akan terlepas daripa da perkara-perkara yang berbahaya itu melainkan dengan memandang dan syuhud bahawa semua perbuatan yang berlaku di alam ini semuanya terbit daripada ALLAH Taala,sama ada perbuatan itu baik pada pandangan zahir dan hakikatnya seperti beriman dan taat ataupun jahat pada pandangan zahir dan tidak pada hakikatnay seperti kufur dan maksiat.Ini kerana kufur dan maksiat pada hakikatnya baik kerana terbit daripada yang baik iaitu daripada ALLAH Taala .tiap-tiap perkara yang terbit daripada ALLAH Taala pada hakikatnya adalah baik ,tetapi kedua-dua kejahatan itu cuma pada pandangan zahir kerana hukum syarak mencela perbuatan tersebut.

Dalil yang menunjukkan bahawa segala perbuatan daripada ALLAH Taala dan bukan dari yang lain sepertimana firman ALLAH Dalam Quran :

ertinya:”Allah Taala jua yang menjadikan kamu dan apa-apa yang kamu perbuat.”(Surah As-Saffat:96)

Menurut syeikh Muhammad bin Sulaiman al-Jazuli rahimahullah “bahawa tidak akan terbit perbuatan dan perkataan ,gerak dan diam ,pada seseorang hamba melainkan telah terdahulu pengetahuan itu pada ilmu ALLAH Taala iaitu qadha dan qadar.Firman ALLAH Taala:

ertinya:”Tiada engkau melempar ya Muhammad ketika engkau berusaha melempar,tetapi ALLAH Taala jua yang melempar ketika itu”(Surah Al-Anfal:17)

Apabila kita sentiasa mengekalkan syuhud dan pandangan kita bahawa semua perbuatan itu terbit daripada Allah Taala,dengan membiasakan sedikit demi sedikit sehingga tahkik di dalam hati.Apabila sudah tahkik dengan keadaan sedemikian maka jadilah kita golongan “musyahadah”….”Musyahadah” ertinya berpandangan iaitu tiada bercampur antara pandangan zahir kita dengan pandangan batin ,maka baharulah kita akan sampai kepada makam “wahdatul afaal”

Wahdatul afaal bermaksud mengesakan Allah Taala kepada semua perbuatan,iaitu menafikan segala perbuatan makhluk sama ada perbuatan dirinya atau lain pada perbuatan ALLAH Taala.Dalam semua akuan kita dilihat hanya ALLAH yang melakukan sama ada perbuatan itu baik atau sebaliknya.

Tetapi kita kena ingat!!! walaupun perbuatan itu hakikatnya terbit daripada ALLAH Taala ,kita janganlah terlepas pandang hukum dan peraturan syariat.Malah wajib kita melaksanakan segala apa yang diperintah oleh ALLAH Taala dan Rasulnya,dan wajib juga kita menjauhkan segala laranganNYA…Janganlah sekali-kali kita mengiktikad gugur taklif syarak.Kalau kita berbuat demikian maka kita akan menjadi kafir zindik…..nauzubillahimin zalik.

1 comment:

  1. kitab daru nafis telah diwartakan sesat.kerana akidahnya telah meyimpang dari syariat.inilah fahaman wahdatulwujud yg dipopularkan oleh ibnu arabi,al jili,hamzah fansuri.carilah ilmu tasauf yg selamat spt kitab ihya ulumiddin(imam ghazali),kitab hikam ibnu ataillahdan kitab syeikh Abdul kadir jailani

    ReplyDelete