Saturday, October 16, 2010

Pa & Ma


Salam ukhuwah...tajuk di atas adalah saya ambil sempena nama majalah Pa&Ma. Pada petang jumaat yang lalu, terukir sebuah sejarah. Nak tahu ke??? Buat kali pertama saya membeli majalah Pa&Ma. Malu sangat sebab penjual tu mcam pandang ada makna je. Nak je saya bagitahu, "Aku belum kahwin". Majalah tersebut sesuai utk suami isteri dan pasangan yang ingin berumahtangga. Kadang-kala saya terfikir, tidakkah terlalu awal untuk membeli. Namun, redah aje. Saya beli kerana dengan niat ia adalah ilmu dan amanah untuk mendidik anak-anak adalah sangat berat. Setiap ibu bapa menunggu-nunggu saat kelahiran cahaya mata yang menjadi pengikat kasih sayang antara ibu dan ayah. Namun, kes pembuangan anak semakin menjadi-jadi. Yang peliknya jin pun tak buang anak. Di manakah manusia meletakkan akal dan amanah sebagai khalifah di muka bumi ini?


Saya ada terbaca buku 'Bunga Kebahagiaan' karangan tok guru Nik Aziz. Beliau ada menyebut jika baru berkahwin, jangan tinggalkan isteri dalam jangka masa yang lama kerana isteri akan merasai kekosongan dan kesunyian. Berbeza jika sudah ada anak. Bila sibuk menguruskan anak-anak, isteri akan sibuk dan terleka melayan dan perasaan kesunyian itu akan kurang walau suami berjauhan. Jauh di sudut hati ini, jika ditakdirkan berjauhan dengan suami, moga-moga cepat dikurniakan rezeki anak agar si anak mampu mengubati rindu kepada suami yang nun jauh di perantauan. ( ni sekadar cerita dan tiada kaitan dengan si penulis blog buat masa ini )...

No comments:

Post a Comment