Bismillah

Sunday, October 17, 2010

Daulah Islamiyyah


Salam ukhuwah...entah kenapa dalam minggu ni, saya seronok mengepost. Mungkin kerana asyik pulun dengan tesis. Kali ini, saya ingin membincangkan berkenaan perihal membina daulah islamiyyah (negara islam). Sebelum kita ingin membina sebuah negara Islam, ia perlu melalui beberapa tahap. Bermula dengan individu islam, seterusnya keluarga islam, masyarakat islam dan akhirnya tertubuh negara islam. Namun, dalam membina sebuah keluarga islam, sebagai pejuang islam, pelbagai ujian yang perlu ditempuhi. Bagi yang bergerak aktif berpersatuan, pastinya, muslimin akan kerap berhubung dengan muslimat untuk gerak kerja. Namun, sejauh mana ikhtilat boleh dijaga?? Ada pandangan yang menggalakkan pejuang islam untuk 'mengikat' dengan lebih awal. Apa yang dimaksudkan dengan 'mengikat'?? Perlu ke pada tali rafia yang digunakan semasa kem pengakap? Adakah suatu pekerjaan untuk menghasilkan buku sila??? Bukan...maksud 'mengikat' di sini adalah bertunang. Bila mana kita telah bertunang, insyaAllah, dalam gerak kerja, kita akan menjaga. Yelah, pastinya akan sentiasa beringat " ish..kene berjaga-jaga ni, aku dah bertunang..dah ada..". Antara muslimin dan muslimat tidak dibenarkan untuk sewenang-wenangnya berhubung melainkan kerana keperluan daripada segi syarak. Oleh yang demikian, hal ini mampu untuk mendamaikan dan mententeramkan jiwa. Jika telah bertunang pula, sepanjang tempoh pertunangan, perhubungan mestilah dijaga. Hal ini kerana tarbiyah anak-anak adalah bermula saat ketika perkenalan ibu bapanya...WaAllahu a'lam

Saturday, October 16, 2010

Pa & Ma


Salam ukhuwah...tajuk di atas adalah saya ambil sempena nama majalah Pa&Ma. Pada petang jumaat yang lalu, terukir sebuah sejarah. Nak tahu ke??? Buat kali pertama saya membeli majalah Pa&Ma. Malu sangat sebab penjual tu mcam pandang ada makna je. Nak je saya bagitahu, "Aku belum kahwin". Majalah tersebut sesuai utk suami isteri dan pasangan yang ingin berumahtangga. Kadang-kala saya terfikir, tidakkah terlalu awal untuk membeli. Namun, redah aje. Saya beli kerana dengan niat ia adalah ilmu dan amanah untuk mendidik anak-anak adalah sangat berat. Setiap ibu bapa menunggu-nunggu saat kelahiran cahaya mata yang menjadi pengikat kasih sayang antara ibu dan ayah. Namun, kes pembuangan anak semakin menjadi-jadi. Yang peliknya jin pun tak buang anak. Di manakah manusia meletakkan akal dan amanah sebagai khalifah di muka bumi ini?


Saya ada terbaca buku 'Bunga Kebahagiaan' karangan tok guru Nik Aziz. Beliau ada menyebut jika baru berkahwin, jangan tinggalkan isteri dalam jangka masa yang lama kerana isteri akan merasai kekosongan dan kesunyian. Berbeza jika sudah ada anak. Bila sibuk menguruskan anak-anak, isteri akan sibuk dan terleka melayan dan perasaan kesunyian itu akan kurang walau suami berjauhan. Jauh di sudut hati ini, jika ditakdirkan berjauhan dengan suami, moga-moga cepat dikurniakan rezeki anak agar si anak mampu mengubati rindu kepada suami yang nun jauh di perantauan. ( ni sekadar cerita dan tiada kaitan dengan si penulis blog buat masa ini )...

Wednesday, October 13, 2010

Adilkah??

Setiap pasangan suami isteri pastinya akan diuji. Jika goyah dan tidak mampu menghadapi ujian, ada yang tersadai. Jika dihadapi ujian itu dengan kesabaran dan diserahkan kepada Allah. hubungan menjadi makin erat. Ada kawan mengadu pada saya, setelah diberinya kesetiaan kepada suami, tak ribut, tak guruh, tiba-tiba si suami bertunang dengan perempuan lain. Nak 'pasang' lagi satu kononnya. Isterinya mengadu yang tunang suaminya tidak menjaga solat. Setelah diberi hujah kenapa menolak tunang suaminya, akhirnya si suami memutuskan hubungan dengan tunangnya itu. Ada kawan si isteri berkata, "Dah suami awak buat hal, apa kata awak pun buat hal jugak, baru adil". Si isteri mendiamkan diri. Namun, dengan kesabaran seorang isteri, akhirnya hubungan mereka semakin erat. Ku doakan agar hubungan kalian kekal selamanya dan bahagia dunia dan akhirat. Terdetik di hatiku, adakah aku akan diuji seperti itu??? Adilkah jika si isteri/tunang atau sebagainya 'menjaga' sedangkan pasangannya tidak seperti itu???

Thursday, October 7, 2010

Kedua Vs Pertama??

Salam ukhuwah. Pastinya anda merasa pelik akan tajuk kali ini. Saya tertarik untuk membicarakan berkenaan cinta pada pandangan pertama Vs cinta pada pandangan kedua.
"Adakah si isteri menyintai sepenuhnya suaminya walau cinta kedua???"
atau
"Adakah si isteri masih teringat kekasih/tunang yang pada pandangan pertama walau isteri sudah berkahwin dengan cinta yang kedua???"
Kata orang, pengalaman pertama adalah segala-galanya. Namun, sejauh mana untaian kata itu terbukti? Pada pandangan saya, setiap orang mempunyai kisah silam masing-masing. Namun, setelah berkahwin, pasangan tersebut perlu membuka lembaran baru, bukan untuk mengingati dan mengungkit kisah silam masing-masing. Perlu diingat di sini bahawa hanya suami yang layak si isteri cintai dan begitu juga sebaliknya. Tiada lafaz cinta untuk hak seorang tunang atau kekasih. Hal ini kerana cinta yang halal hanyalah selepas berlakunya lafaz akad nikah. Selepas lafaz tersebut, isteri/suami wajib mencintai sepenuhnya pasangan masing-masing. Perkara yang berlalu biarkan ia berlalu pergi. Usah dikenang kenangan lalu. Hati pasangan anda perlu dijaga dan dihormati. Jadi, wujudkah cinta kedua? Jika suami adalah orang kedua yang berjanji setia untuk sehidup semati demi dakwah menyebarkan syiar Islam, makanya, suami adalah cinta pertama walau dia yang kedua atau ketiga dalam sejarah hidup si isteri. Hargailah apa yang diberi. Mungkin sejarah sebelum alam perkahwinan itu adalah sekadar dugaan Yang Maha Pencipta atas para hambaNya yang telah berjanji setia untuk mengabdikan diri padaNya. Apa-apa pun cinta suami isteri adalah cinta sejati manakala cinta kepada Illahi itu yang hakiki. WaAllahu a'lam...

Friday, October 1, 2010

"Bunga kebahagiaan"




Ku sangkakan panas sampai ke petang,


Rupanya hujan di tengahari,


Di suatu malam yang hening,


Tiba-tiba kilat serta guruh sambung-menyambung,


Sedih menyelinap ruang kalbuku,


Pastinya hujan lebat menanti tiba,


Pastinya jua, deruan ombak tidak seperti biasa,


Hatiku hancur,


Mana tidaknya, ku berharap sangat,


Untuk bersua denganmu,


Merindui belaianmu,


Ingin untuk bersamamu,


Maha Kuasa Sang Pencipta,


Ku redha dengan takdirMu,


Sentiasa aku ingatkan diri ini,


Agar sentiasa bersabar,


Esoknya, kaki ku lemah melangkah,


SubhanaAllah!!


Allah Akbar!!


Terharu aku melihat,


Pelangi muncul tiba,


Pepasir putih dibasahi air,


Deruan ombak yang mendamaikan jiwa,


Ingin ku sujud syukur saat itu juga,


Kerna tidak mampu menahan perasaan gembiraku,


di atas kurniaanMu.


Sedarku akan kasih sayangMu,


Ku menangis kerna Kau ambil mentari,


Rupanya Kau ingin hadiahkanku pelangi.


Terima kasih ya Allah!!








Pesanan : Tiba-tiba tangan ni menggatal nak buat sajak setelah siang hari bertungkus lumus siapkan lima laporan ekperimen makmal. Lega, dah hantar. Erm..ana tak reti pun tulis sajak. Gambar kat atas tu diambil masa ana bercuti di PD bersama pelajar tahun akhir Kimia. Cuba kawan-kawan teka maksud sajak ni. Kaitkan antara tajuk dengan sajak. Selamat mencuba!!


Awasilah dirimu..

Dalam kita meniti kehidupan seharian kita, kadangkala kita leka. Iman naik dan turun. Namun, pernah atau tidak kalian merasa seolah-olah malu bila berbuat dosa atau kesalahan kerana seakan ada yang melihat. Jika kalian pernah merasai perasaan itu, beruntunglah kalian kerana saat ketika itu, kalian berada dalam bimbingan Allah. Hidayah adalah milik Allah. Boleh jadi, Allah beri dan ambil semula. Namun, bilamana kalian dalam bimbingan Allah, setiap perilaku kalian, hati suci itu akan terdetik dan seakan boleh kesan akan sesuatu yang kurang menyenangkan dari sisi syariat. Kita hendaklah sentiasa bersyukur akan nikmat iman dan Islam yang Allah berikan. Bayangkan jika kita beriman namun, tatkala kita lalai dan leka, Allah ambil hidayah dan terus menerus tidak mencampakkan hidayah kepada kita, alangkah rugi dan sia-sia hidupnya. Jagalah hidayah yang Allah berikan dan sentiasa minta akan iman, hidayah dan rahmat Allah. Malulah pada Yang Esa akan perbuatan yang membawa kemurkaaannya. Kelak, di padang masyar nanti, semua hamba akan berkumpul. Setiap buku catatan masing-masing akan dibaca satu persatu. Dari zaman Nabi Adam hingga manusia akhir zaman akan dipanggil menghadap sang Pencipta. Pada saat itu, kita akan malu dengan perbuatan kita. Bayangkan, jika guru agama atau tok guru yang rapat dengan kita tahu satu persatu perbuatan kita, alangkah malunya kita. Baik buruk kita semua akan diketahui. Malu dengan Nabi apatahlagi. siang malam selawat. Jika kita pernah berbuat dosa, bertaubatlah selagi masa masih ada. Kita manusia yang lemah tidak terlepas dari berbuat dosa. Jangan kita ceritakan keaiban diri kita pada orang lain. Mudah-mudahan jika kita merahsiakan keaiban diri kita, Allah mengampunkan dosa kita dan menyembungikan keaiban diri kita tatkala di padang masyar kelak. Masa silam adalah masa silam. Hidup mesti diteruskan. Usahakan supaya tidak berada di takuk yang lama.



" Tidak aku mampu memenuhi setiap syariatMu dalam hidup seharianku, makanya, ampunkan daku, Ya Allah"